2011/03/31

Template Baru, Ok ke?

Apabila line broadband maxis da abes quota, maka update akan jadi ringkas dan padat,…

Blog ini telah bertukar template daripada oren kepada hijau! Nampak macam kemas je terus sambar buat template baru, apa kata anda?

 

gleebrittany

Motif gambar ni? hehe.. berfikir sejenak… (perlu ke tukar template bulan depan pulak?)

Sekian …

2011/03/30

Gambar Apakah?

 

Ada apa dengan gambar ini?

 

195090_194190553946479_100000666084169_558473_5556095_o

 

 

nantikan penjelasannya esok!!

Direka khas oleh Renjis Boutique by Fadhli ismail

Photograph by Photophenomgraphy studio by Shahrul idaham

 

(p/s: ini je update??) ahaha

2011/03/25

Sentap Dengan Maxis!!

maxis perli

Entry sentap menyentap di tengah malam ini, or should i say pagi-pagi ini,, dah jam 1.30 pagi tapi tak tidur lagi, biasalah blogger! betul tak?? Tak sah kalau 2, 3 pagi dah lelap mata, tabik spring la!

Back to the topic, 2, 3 hari ini wan kurang berinternet sebab : I RAN OUT OF QUOTA! erk.., gelak la gelak, argh, nasiblah, nak buat macam mana, ambik 3 GB je, sekejap je dah habis, tak mampu nak bayar 6GB…erk..!

maxis-iphone-3g-planp/s : wan tak pakai iPhone pun.. iklan je,, wat dono je ae.!

Jadi untuk mengisi masa lapang, erk lapang ke? , wan telah membuat keputusan untuk membeli kertas-kertas warna warni, beli yang 10 keping 3 warna-merah, pink, hijau dengan harapan untuk mencuba satu art yang ingin dicuba satu masa dahulu (macam lame sangat je) tapi tak lepas-lepas nak pergi beli kertas, asyik lupa je..

Dan sekarang dah beli barang-barang yang diperlukan , masanya untuk mencari video tutorial di YOUTUBE! Oh no! tak ingat lagi ke quota you da abes!~ maxis bagitahu lagi! Tapi berjaya juga buka YOUTUBE, dan tengok sikit awal-awal video tu, bolehla, selebihnya buat sendiri, survive!

Akhirnya berjaya membuat bunga ini :

SAM_2246

keesokannya iaitu hari ini barulah berkembang, :

eSAM_2251

Inilah yang dinamakan quilling art , iaitu seni daripada kertas, tak habis research lagi pasal ni, so, im a beginner.. Wanna try? search kat google : quilling art, lagi bagus jika search kat youtube je, senang paham! dan yang penting dapat mengisi masa tanpa tersentap dari Maxis! yeah! Good Luck..

P/S : more will come…




2011/03/21

Mari Berjalan di Alam Maya


Gambar autostitch daripada 3 atau 4 gambar yang berlainan angle. Tempat : Shah Alam, sebelah PKNS


entry232

Dataran Shah Alam, gambar autostich, so kereta tu agak misteri sikit!


Yeah! Tajuk posting yang agak skema –whatever- ! Apabila quota broadband ditengah bulan ini semakin merundum, Wan pun telah klik apa saja folder yang boleh diklik dalam laptop ni, sehinggalah terjumpa satu folder yang bertajuk seperti diatas!


Sebenarnya, entry ini dah lama nak dipublishkan, sejak 2009 lepas! ahaha, tetapi disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan sampailah sekarang baru tergerak nak post. Ini adalah hasil kerja Wan ketika final sem (bukan sem terakhir) Jan 2009-Mei 2009. Semester yang agak menguji kesabaran dan skill berdikari dan pengurusan masa yang efisien!


Semua ini dibuat menggunakan program Sketch Up daripada google, korang kalau nak try boleh la download, search je kat google, boleh download free je, benda ni simple je, tak la serabut sangat macam software-software high skill yang lain. Sekali dah guna mesti addicted punya!


Oh ya, bagi yang belum tahu, Wan adalah Alumni UiTM Seri Iskandar, Perak, Diploma Senibina Landskap, sekarang bekerja sebagai,… mahu lebih detail?, tanya di twitter!


Tajuk Projek : Proposed Urban Development at Shah Alam Town Center

-design landskap kawasan urban termasuklah hardscape dan softscape, perkara utama yang menjadi kepentingan adalan connection dan space. (dah lupe lah)… Site sebenar adalah seperti gambar dibawah tajuk, merangkumi kawasan dari Plaza Alam Sentral sampai lah, SACC Mall, sekitar situ lah.. Besar siot!


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah dia contoh presentation board, tapi belum digrafikkan dengan colour. Sebenarnya semua kerja digalakkan manual saja, tapi time ni semua tengah seronok mengexplore sketch up sampai jadi terlebih-lebih addicted…. sehinggakan menjadi semester final yang bukan terakhir … (tak semua) disebabkan board hitam putih macam tu je!


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sketches – yang ni manual sketch tapi copy dari yang dah siap dalam Sketch up! ops..

shah alam walk

Selamat datang! ahaha! korang nak kedai ape? cakap je..

shah alam wavclk

Terlebih sudah!

affin ban2k

Semestinya kena ada wifi kan cafe ini! ahaha, macam ramai je kat sane!

affin bank

Sambil duduk-duduk tu boleh menambah ilmu kan…

affin bank3Terlebih rajin sampai jadi detail macam ni! adoi!


p/s : nantikan design untuk sem yang seterusnya daripada sem final ini-means-semester final kedua! hehe





2011/03/16

Blackbery, iPhone atau Android?



Sudah update pasal android semalam jadi hari ini baru boleh update pasal borak-borak dalam Sahabat Blogger pasal handphone lagi! hehe


Perbualan ini telah berlangsung pada 11 mac 2011 lepas. ( ada macam laporan tak? )

Melibatkan wan:Hazwan Mohd, Amal Anuar, Zulsyamin Suhaimi, Dato Ahmad Zaki Jinlapudin, ‘Atiqah Ibrahimovic, Redzuan Ridz, Fahmi Mahat, Hamizah Hasnan, Amirah Izzati, dan juga Panas Hati.

(semuanya mungkin nama sebenar atau tidak.. hehe)


Persoalannya adalah, apa bagusnya blackberry itu?

Bermulalah perbincangan hot and cold pasal handphone, antara subjek yang termasuk dalam perbincangan ini adalah : Blackberry, iPhone, 3310, Nokia C5-03, Nokia C6-01, Android phone, dan juga PUBLIC PHONE!

Ikuti perbualan : KLIK GAMBAR DI BAWAH

1w
2w
3w
5w
4w
8w
9w
At last Wan nak highlight satu statement dari Encik Panas Hati,

entry2210

Android cool! Banyak application yang boleh download free je! Tak tahu apa itu android?
KLIK SINI

Sekian , Wan sekadar berkongsi pendapat, selebihnya terletak pada tangan korang sendiri untuk menggunakan handphone apa pun, yang penting ada kredit untuk balas mesej!! ops….okbai….



Apa Itu Android?




Hai semua, kali ini Wan nak berkongsi sedikit pasal apa itu android. Android ini sekarang semakin menjadi perhatian pada penggemar gadget, termasuk la, wan sekali,, hehe, tapi masih lagi ramai yang agak blur, android? apekah?

Jadi disini wan ingin berkongsi sedikit mengenai Apa itu android.

Mengikut info dari wikipedia :

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).


Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.


Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.


Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.


Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!



Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),

1.5 - cupcake (30 April 2009),

1.6 – donut (15 September 2009),

2.1 – eclair (26 October 2009),

2.2 – froyo (20 May 2010),

2.3 – gingerbread (6 December 2010),

3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.



Kesimpulannya, android ni adalah operation system, macam nokia pakai symbian, tapi android lagi best la! Jadi daripada menghabiskan duit untuk bergaya dengan iPhone atau Blackberry, dapatkan sahaja android gadget semurah RM 500 keaatas, dah boleh puas dengan aplikasi yang sangat banyak dan juga speed internet yang bagus. Android paling murah ? Wan akan update akan datang, ok sekian.

Lebih info

Android version detail



2011/03/08

Dan Pemenangnya ialah:

Akhirnya Contest SAYA SUKA JONKER WALK!! telah tamat dan proses pemilihan pemenang pun dah selesai walaupun agak lama, kerana agak sibuk dengan kerja lain.

Dengan ini mengumumkan pemenang Utama untuk contest ini adalah : (drumroll:sendiri!)

contest meriah

kery winner

Encik Mohd Khairi !!! Tahniah kepada beliau, untuk membaca post beliau silalah klik pada banner diatas.

Beliau telah memenangi Sekeping alas Bamboo daripada Jonker Walk Melaka dan Topup RM10 dan juga blog review dan juga banner blog!!!

jonker024gifts

Tempat kedua pula dimenangi oleh : LadyLeaya, hadiah : Sekeping alas Bamboo daripada Jonker Walk Melaka dan blog review. Klik banner untuk baca post pemenang ini.

leya

Tempat ketiga jatuh kepada : Aida4eva, Hadiah : Sekeping alas Bamboo daripada Jonker Walk Melaka.

Tempat keempat jatuh kepada : Fathiah Hanim, Hadiah : Sekeping alas Bamboo daripada Jonker Walk Melaka

Pemenang-pemenang saguhati : Hadiah, Bookmarks daripada Jonker Walk Melaka.

1. Nuralyn Zakree

2. Amira Atiya

3. Mohd Haniff

4. Farah Rossie Earhart

Jadi untuk urusan pos mengepos hadiah, korang kenalah bagi mesej dekat facebook ye, nampak tak facebook badge kay sebelah tu, silalah klik disana.

Berjuta-juta terima kasih pada semua yang telah join contest ini, jangan nangis ye tak menang, he, cuba lagi lainkali, janganlah sampai tak nak singgah blog wan pulak,, hehe..

sekian.

2011/03/03

Senarai Peserta Contest S.S. Jonker Walk

Dan berakhir sudah contest pertama yang diadakan dalam blog ini. Walaupun hadiahnya tak seberapa, tapi dengan hasil promosi yang tiptop, adalah juga bloggers yang turut serta dalam contest ni.

 

Pertama sekali seribu penghargaan kepada semua yang dah join contest SAYA SUKA JONKER WALK!! ini. Skemanya ayat! hu..

 

Tujuan utama contest ini adalah untuk mengenalkan lagi blog Wan ni pada semua, (rebranding maybe) dan tujuan kedua adalah untuk mengetahui pendapat pambaca-pembaca mengenai gambar-gambar yang telah disnap dan diupload dalam blog ini. Melalui contest ini juga dapat tahu pendapat-pendapat korang tersendiri pasal sesuatu gambar.

 

A picture is worth a thousand words!!

terima kasih kepada :

 

1. http://atieatiqah46.blogspot.com/2011/02/contest-jalan-jalan-di-jonker-walk.html
2. http://www.mohdkhairi.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
3. http://saouristory.blogspot.com/2011/02/aku-masuk-contest-saya-suka-jonker-walk.html
4. http://story-of-mlife.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk-6.html
5. http://www.ladyleaya.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
6. http://mohdhaniffmohammadyusoff.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
7. http://pinkystorymory.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
8. http://aida4eva.blogspot.com/2011/02/salam-disebabkan-assignment-yang.html
9. http://daunputihmerah.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
10. http://bloqkami.blogspot.com/2011/02/saya-suka-jonker-walk-contest.html
11. http://amirazoe155.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
12. http://missexpel.blogspot.com/2011/02/contest-jalan-jalan-di-jonker-walk.html
13. http://farranadyra.blogspot.com/2011/02/tolong-jaga-khazanah-ini-tolong.html
14. http://syu90contest.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
15. http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
16. http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html

17. http://hafizhafizol.blogspot.com/2011/03/jalanjalan-di-jonker-walk.html




2011/03/02

Jom Terjah Bloglist Mas!!!

bloglist mas


Apa itu bloglist?? Bloglist ini adalah list url blog-blog yang diletakkan dalam blog seseorang, untuk memeriahkan lagi trafik blog yang ada dalam list itu-(hentam!).


Wan pun first time join bloglist ini, masih blur lagi apa itu bloglist, haha.


Kali ini dijemput untuk join bloglist Mas Ahmad Safwan ni, jadi kenapa saya join adalah kerana tertarik dengan template yang kreatif hasil kerja tangan owner blog Mas Ahmad Safwan!


mas blog


Sangat amaze dengan hasil kerja tangan Mas ini, sebab dia kata baru 3 minggu berblogging, tapi blog dia da macam 3 bulan ok, kreatif, kemas dan nice! Wan pun 3 bulan terawal still guna template blogspot je kot, hu. Header dia je dah menarik perhatian apa lagi button-button tepi tu. Unsur jealous melanda sekejap. ahaks!


Erm satu je, Mas tak ada twitter ke? Rasanya blogger tak lengkap kalau tak ada twitter, salah satu cara up traffic blog. Dari segi design dah ok kot, widget pun superb! FB, banner, shoutmix, followers, link! Complete la! Cepat gila dapat buat blog macam ni, mesti rajin explore kan? Tabik lagi sekali, tak dapat menahan spring ni!


Erm lagi satu, rajin-rajin la support segmen blogger lain pula ye, he-ops-… Bukan apa, support our bloggers! Semoga Mas dapat traffic yang baik dengan post-post yang menarik dan juga header-header yang tiptop! Yang penting majulah bloggers untuk negaraku Malaysia!

.mas! i admire ur template!


ok kena tag 3 orang (aku tak suka tag2 ni!.. he)

- khairi

- Aslann

- Alya

okbai...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys