2011/04/27

Tutorial Ringkas : Design 3D Text (II)

Dah cuba buat 3D text daripada entry sebelum ini? Kali ini nak mewarnakan pula text yang dah siap tu. Caranya menggunakan adobe photoshop. Korang boleh pilih warna apa yang korang nak, kalau nak lagi tone effect buatlah warna gradient, macam wan selalu buat ni :


3d text1


1st sekali buka dari file JPEG daripada sketch up yang telah di export seperti dalam tutorial sebelum ini.

Pilih Lasso tool dan pilih satu huruf, demi satu huruf. Tujuan ini adalah untuk mengasingkan dan senang untuk diubah-ubah lokasi setiap huruf.

3d text2

Kemudian pilih Duplicate Layer atau shortcut nya tekan je : ctrl + J . Buat macam ni untuk setiap huruf.

3d text3

Kemudian pilih satu huruf dan pilih Magic Wand Tool dan klik pada bahagian dalam huruf tersebut, untuk diwarnakan.

3d text4


Kemudian pilih warna yang dikehendaki kat bawah tu, pilih paint bucket tool atau gradient tool, kalau nak effect tone, pilih gradient tool, 2 warna telah dipilih seperti dalam contoh ni.

3d text5


Kemudian tarik di bahagian dalam untuk mewarnakannya, tone boleh ikut suka korang je, he.

3d text6

Siapkan semua huruf dan kalau nak lagi timbul, pilih la Drop Shadow , bagi gelap-gelap pun takpe. Lagi timbul dan cantik, kalau lagi rajin, tepi-tepi huruf pun boleh diwarnakan ikut kesesuaian. Contoh ini sangat lah simple je, korang mesti lagi kreatif kan!

Lepas ni dah boleh masukkan dalam header!

Suka tak? suka tak? he



8 comments:

miss'ENH said...

suke.suke.suke.

hahha..thanks yeee ^^

M a s A z i m a H said...

hye abang hemsem ^^

nantikan kemunculan header sy bertulisan 3D

hahaha

terima kasih ye! tuto yg sgt berguna..

kucing said...

wah~!!
bagus2..
trimas yer

~ @bel ~ said...

abg wan tolong buatkan lah :)

fuuyooh said...

salam kenal dan follow.. hehe
Kau sombong

Bella Bell said...

wahhhh...ada tutorial la...bagos2...hehehe~~

^__^v

nida razak said...

thanx for sharing.. =)

wandisini said...

tips dan tutorial yang menarik untuk dicuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys