2011/07/31

Salam Ramadhan

hd ramadan12

Moga ramadhan tahun ini penuh dengan kebaikan….

p/s: bersahur puasa pertama di R n R lah nampaknye… hee



2011/07/28

Spontaneous Thursday #4

 

 

Kena pergi Batu Pahat! Out!

 

 

 

Kata-kata spontan pada hari Khamis.

Fanpage ST

2011/07/27

Salahkah Aku Terlalu Mengharapkanmu

Lonely 03

( Mood : Jiwang. )

 

Mungkin aku terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

 

Mungkin aku tidak pernah mengecapi sesuatu yang indah bersama.

 

Mungkin aku tidak pernah disayangi dengan seikhlas hati.

 

Mungkin aku tiada tempat untuk meluahkan kesedihan di hati.

 

Mungkin aku terlalu mencintaimu sepenuh hati…

 

 

 

SALAHkah aku terlalu mencintaimu ?

 

Salahkah aku mendambakan sesuatu yang indah bersamamu?

 

Salahkah aku terlalu mengambil tahu mengenaimu?

 

Salahkah aku terlalu mengharapkan mu…

 

Mungkin diriku bukan untuk dirimu , tapi aku ingin merasa kebahagiaan itu bersamamu,

 

Cukuplah sekadar sementara. Hanya itu ku pinta….

 

Aku tidak pernah merasai bahagia hingga akhirnya…

 

424465873_29af25498b

 

.ikhlasdarihati.hazwanmohd.

Wordless Wednesday #10

eDSC_0479

 

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

2011/07/26

R.I.P Amy Winehouse…

27-club-440

 

Penyanyi Amy Winehouse, yang ketagihan arak dan dadah  dibayangi bakat muziknya, ditemui mati di pangsapurinya di London. Dan beliau mati pada umur 27.

 

amy_winehouse

 

Winehouse yang bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan arak sejak beberapa tahun lalu ditemui mati kelmarin iaitu sebulan selepas dia terpaksa membatalkan keseluruhan konsert jelajah Eropahnya setelah menampilkan persembahan yang teruk di Serbia.

 

Terkenal kerana sikapnya yang pelik, penyanyi bersuara merdu dan pernah memenangi anugerah Grammy itu dipercayai mati akibat masalah ketagihan alkohol dan dadah yang teruk.

 

Satu sumber memberitahu majalah The People bahawa Winehouse dilihat membeli kokain, heroin, ekstasi dan ketamine dari seorang penjual pada Jumaat malam.

 

Winehouse dipercayai patah hati dan 'tidak dapat menenangkan diri' selepas ditinggalkan kekasihnya, Reg Traviss, 34, sebelum dia mendaftar masuk ke sebuah klinik permulihan pada bulan lalu.

 

Beliau mati pada umur 27 dan dikaitkan dengan the 27 club iaitu selebriti yang mati pada umur 27 iaitu Kurt Cobain, Janis Joplin, Jim Morrison, Jimi Hendrix.

 

R.I.P Amy Winehouse…..

 

Amy_Winehouse_858303

 

P/s : dulu penah dengar lagu die full album !! back to black!…

2011/07/20

Wordless Wednesday #9

love

 

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

 

p/s: gambar dari google untuk minggu ni… sabor jelah..

2011/07/18

1st GIVEAWAY mohdkhairi.com

1 Banner 1st Giveaway mohdkhairi

 

Kali ini nak join Giveaway daripada blogger not retis : encik mohd khairi!! ..

Sempena 23 tahun ketuaan beliau, jadi terhasillah GA ini. 23 hadiah pulak tu! ..

 

Tarikh tutup adalah 17hb Julai kan, ops.. hee.

Khairi : aku saja je buat entry ini selepas tarikh tutup sebab secara automatiknya akan membuatkan aku tak layak untuk menang hadiah, kalau aku masuk lepas itu aku menang nanti ada orang mengata pulak, nanti aku hahhhh semmputt!~…ehem (cili itu pedas, lagi-lagi orang melaka masak!)

 

To all readers : Aku adalah kawan beliau daripada kampus UiTM perak lagi., jadi nak bagitahu sikit pasal beliau ni : yeah! – Mohd Khairi adalah seorang yang suka warna biru! Suka kerawang, suka tersenyum mesra, ceria ever after! Semoga beliau berjaya sehingga 23 tahun akan datang dan seterusnya, menyambung dan memeriahkan lagi niat suci untuk menaikkan lagi nama Senibina Landskap (Landscape Architecture) di Malaysia.

 

Header kery cerulean final

 

Dengan memahami beliau dapatlah aku hasilkan design header yang ikhlas dari hati ini, dan juga honestly aku jeles tengok blog beliau yang dah siap diedit agak cantik, kemas dan menarik! he.

Semoga juga blog mohdkhairi.com mendapat UV yang banyak setiap hari dengan info yang menarik!

 

Sekian.

Yang ikhlas,

hazwan

2011/07/12

Android Kalahkan Apple!

android-logo-best-android-apps1

Android OS kini semakin mengalahkan iOS dari Apple! Jadi pertama sekali perkara yang selalu wan nak cakap adalah –'”lupakanlah angan-angan nak beli iPhone ke Blackberry ke, untuk apa?”.

You should go for android!

android-vs-apple

Dah ternyata tajuk mengutarakan 2 perkara utama daripada Android yang digunakan oleh banyak pilihan jenama dan juga iOS daripada iPhone, jadi kita lupakan RIM dari Blackberry. Symbian dari Nokia?-perlu ke mention lagi sekarang ni? ops. ….

Mengikut sumber kajian comScore mengenai sistem pengendalian (OS) dan pengeluar utama di Amerika Syarikat, Android telah mengatasi iOS. Kajian ini adalah daripada bulan Februari hingga Mei tahun 2011 dan daripada umur pengguna 13 tahun ke atas!

market share

Pengeluar utama pula didahului oleh SAMSUNG dan juga jangan terkejut jika APPLE jatuh di tangga ke-4. Samsung yang semakin banyak mengeluarkan model-model yang hebat dengan OS android kini menjadi pilihan ramai.

masahre

Diikuti dengan LG, Motorola kemudian Apple yang digemari ramai rakyat Malaysia ni… juga RIM iaitu Blackberry yang selalu didamba-damba juga. Nokia? sekali lagi nak ingatkan, lupakan saja nokia…. tiada apa keistimewaan.

Reasons-Why-Android-Will-Win-Windows-Phone-7-6

Jadi sudah terbukti Android kini meningkat dengan jayanya dikalangan pengguna yang bijak memilih. Kita boleh jumpa banyak jenis gadget yang disediakan oleh banyak pengeluar menggunakan platform android. Jadi usahlah bermimpi lagi, dapatkanlah gadget Android pilihan anda mengikut jenama yang disukai dan berbaloi untuk dimiliki serendah hanya lingkungan RM500++.

Masih tak tahu Apa Itu Android? Klik Sini

Sumber : GSM arena dan Google

p/s : bukan nak menghasut tapi memberi nasihat :-) peace \0/



2011/07/07

Review Handphone : Samsung Galaxy S 2

Samsung Galaxy 2 : Superb Android in Town!

 

s21 

Kemunculan Samsung Galaxy S 2 (GS2) yang dijana dengan Android 2.3.3-Gingerbread sangat ditunggu-tunggu oleh penggemar gadget seluruh Malaysia ini, SGS2 adalah upgrade version yang lebih baik dari Galaxy S sebelum ini hampir setiap aspek. Dari pemproses dual-core, untuk paparan yang lebih besar, unggul, GS2 adalah alat yang menakjubkan yang akan mencipta sejarah dalam rangkaian Android. Mari kita mulakan dengan Video iPhone 4 vs Samsung Galaxy S 2 :

 

 

P1010884

Dilengkapi dengan paparan Samsung Super AMOLED Plus,  paparan GS2  tajam dan jelas. Ketepuan warna yang cantik, dan berfungsi dengan baik dalam cahaya matahari langsung. Paparan skrin bersaiz 4,3 inci lebih mudah untuk dikendalikan dengan ketebalan hanya 8.49mm, tetapi masih mengekalkan benjolan signature Galaxy S di bahagian bawah.

 

P1010867

Ciri fizikal seperti  earpiece di bahagian atas, seperti yang anda harapkan, serta kamera depan 2 megapiksel, sensor cahaya ambien di bahagian atas, dan logo Samsung di atas. Di sebelah kiri dilengkapi pelaras volume, post caj di bawah, tetapi tiada butang khas untuk kamera.

 

Bahagian belakang GS2 tidak lagi menggunakan plastik hitam kilat yang menampakkan cap jari seperti Galaxy S, tetapi menggunakan lapisan bertekstur yang masih sangat sekeping plastik yang rapuh, tetapi peranti ini masih terasa seperti produk premium! Belakang telefon bimbit diisi dengan kamera 8 megapiksel dengan flash LED tunggal, logo Samsung, dan pembesar suara kecil di sebelah kanan bawah dari bonggol.

 

s22

 

Akhirnya, ia bagus untuk melihat telefon bimbit yang menyokong WiFi N dan sebenarnya boleh mengambil kesempatan dengan band 5GHz. G2X, iPhone 4, dan lain-lain yang menyokong WiFi N hanya boleh menggunakan jalur 2.4GHz, tetapi Samsung entah bagaimana dapat mengatasi untuk radio tambahan, dan tidak memikirkan saiz dalam berbuat demikian.

 

 

s23 gsmarena_022 P1010871

 

P1010876 Samsung_Galaxy_S_II_02 samsung-galaxy-s-2-hardware

 

Review

Full Specification

Facebook Fanpage

 

RRP : RM 2099

2011/07/06

Wordless Wednesday #7

vivavip2

 

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys