2013/09/11

2013/07/04

Kek Kukus Pelangi Senja


Assalamualaikum n Salam sejahtera..

Di kala cuti ini barulah terasa nak update blog yang diabaikan sekian lama ni.
Terkejut gak la dah reach 100293 views.  \o/  
Walaupun tak berapa banyak macam blog yang hot-hot tu, tapi atleast seratus ribu uols!!

Kali ni nak share resipi kek kukus pelangi yang baru saja dikukus bulan lepas !!
baru sangat !!....

Resipi diambil dari : NAZRAH BAKERY



BAHAN-BAHAN

250 gm mentega
5 biji telur gred B
250gm tepung superfine
225 gm gula caster
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar esen vanilla
Pewarna

 

CARA-CARA :

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. Bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan sesuka hati .

6. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil
8. Kukus selama 1 jam 30 minit atau sampai masak, cek lah pakai lidi ok!

9. Hiaskan ikut citarasa sendiri.

jeng jeng... wahai pelangi indah muncul seketika.. ehee..


Inilah dia kek kukus pelangi senja by hazwan mohd yang dah siap potong empat segi dan hiaskan dengan marshmallow dan asam sekeping2 tu...
Jom try !


2013/06/20

Perihal Solat Jumaat

 Assalamualaikum wbt....

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. 
Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.


 
SEJARAH Solat Jumaat

Rasulullah SAW pertama kali mengerjakan solat jumaat semasa berada di Madinah.Dalam episod perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah,Rasulullah SAW telah singgah di kampung Amr Ibn 'Auf dan menetap di situ dari hari Isnin hingga Khamis.Selama 4 hari itu Rasulullah SAW bersma-sama dengan kaum Muslimin telah membina Masjid Quba.

Pada pagi Jumaat Rasulullah SAW pun meneruskan perjalanan menuju kota Madinah.Ketika masuk waktu solat Jumaat Rasulullah SAW telah sampai di kampung Bani Salim Ibn 'Auf.Baginda pun mengerjakan solat Jumaat di situ bersama dengan 40 orang jemaah dan di tapak itu di bina masjid yang dinamakan Masjid Jumaat.

 SYARAT WAJIB Solat Jumaat
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.









2013/06/08

Tips Gembira Sepanjang Hari

Salam,
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:



1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys