2011/02/24

Review Kamera : Olympus VG 130

Olympus digital camera VG 130
RRP : Rm 549

Spesifikasi :
  • 14 Megapixel
  • i-Auto mode
  • HD Video
  • 5 x Optikal Zoom
  • 26 mm Wide Angle
  • 3.0 inci LCD skrin
  • Anti shake
  • Magic Filter

Warna : hitam, merah, silver

Spesifikasi

Tanpa adjust mode-gunakan i-Auto mode
Gambar pandangan penuh



iklan jap

i-Auto mode tanpa flash

Magic Filter : Pin Hole

Magic Filter : Pop Art

MAgic Filter : Punk

Magic Filter : Drawing

Magic Filter : Fish Eye







Sample video : saiz HD





2011/02/22

Lynda Roslan Covergirl DARA.com


Entry ini khas untuk kawan lamaku Lynda Roslan, dikenali di UiTM Sri Iskandar, Perak, dalam Diploma in Landscape Architecture (2006-2009).

Lynda sambung degree tapi wan tak sambung, hehe, malas, ops,. Anyway, tahniah buat lynda dapat jadi covergirl DARA.com bulan Mac, wan pun gigih gila cari majalah ni, baru dapat jumaat lepas, yang 1st beli dan buat post di blog adalah, encik Hairie! , ahaha.

Time macam ni lah teringat momen-momen sewaktu di Perak dulu, sangatlah teringin nak jumpa semua semula, bilalah dapat bersama-sama buat photoshoot lagi, hang out together-gether!...




Lagi satu nak selitkan dalam majalah Dara.com ni best juga ye, ada macam-macam tips, contohnya hiasan hijab ni, cara pakai shawl, dan banyak lagilah, dapatkan lah untuk lebih lanjut ye, hehe.





Miss u all guys!! Batch LA diploma jul 06-09!!
Antara kawan-kawan yang ada blog

2011/02/17

Jalan-jalan di Jonker Walk


Hari ini hari cuti dan terasa macam nak pergi jalan-jalan, jadi wan telah ajak seorang kawan yang sedang study kat UiTM Melaka.
Cadangnya nak lepak dekat Hang Tuah Mall je, tapi macam dah lama tak pergi Jonker Walk, -'peduli apa aku petang-petang lepak sini'- hehe, update status kat facebook-di Jonker Walk, terus ada yang membalas -'ada apa petang-petang ni kat jonker walk?'.Aku hanyalah jalan-jalan saja, daripada duk melepak dekat Mahkota Parade ke, Dataran Pahlawan ke, baik pergi menghargai tempat-tempat bersejarah dalam Melaka ini. (patriotik-melaka tegar)

Sedang sibuk mencuci mata.. ops, melihat keadaan disana, teringat pasal blog dan contest, alangkah bagusnya kalau beli hadiah kat sini untuk contest yang pertama kalinya diadakan dalam blog wan, jadi bermulalah sesi mencari souvenir sambil snap-snap gambar keadaan sekeliling selepas pekena cendol nyonya! Jom tengok.

(klik gambar untuk lebih jelas)






Ada taman baru kat Jonker Walk: Taman Warisan Dunia


Ada gajah, naga dengan kerbau je dalam taman tu, motif??



tak kenal pun dia ni, saja ja mencelah, hehe.. wan pun tiru je la.








Klik Sini untuk join contest kalau tak nampak banner besar kat atas blog tu.

2011/02/15

Salam Maulidur Rasul 1432 H



Mari berkongsi sedikit info :

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.





20 FAKTA Mengenai Islam :

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

2011/02/09

Tukar Ipod Touch ke iPhone



Tahukah anda iPod touch boleh bertukar menjadi iPhone dengan Yosion Apple Peel 520?

Apple Peel 520 merupakan case untuk iPod touch (generasi 1, 2 & 3) yang meliputi slot GSM SIM-card dan bateri luaran, yang membolehkan anda untuk menggunakan iPod touch untuk menelefon dan SMS. Ternyata, beberapa programmer di China menciptakan ini di rumah dan sekarang telah tersebar meluas di internet. Jadi bagaimana peranti ini dalam dunia nyata?







Mereka telah pun mencuba Apple Peel 520 ini keatas G2 iPod touch yang menggunakan iOS 4.1.

Pertama sekali kenapa korang akan memilih cara ini adalah kosnya yang lebih murah dari iPhone yang sebenar, lagi-lagi kalau korang dah ada iPod Touch (ouh jealous!!), just pergi cari apple peel je yang lebih kurang dalam Rm200 (anggaran), dah dapat update status Facebook-'i dah pakai iPhone!' ... hehe

Tapi diorang kata macam ini pula selepas mencuba, "Yosion Apple Peel 520 did not work!" itu yang dikatakan oleh mereka, nak tahu kenapa?

Sebab utama, Apple peel 520 tidak serasi dengan semua rangkaian GSM. Dengan membeli benda tersebut, ada kemungkinan bahawa anda tak dapat menggunakannya. Bukan boleh try pun kan?...

Aplikasi yang sedikit mengarut. Bayangkan aplikasi iPhone untuk Telefon dan SMS, tetapi lebih lambat dan banyak mengarut. aplikasi Yosion's menggunakan ikon yang sama seperti pada Apple iPhone, tetapi diberi label berbeza. Telefon disebut Yosion dan Mesej sekarang YsSMS.

Apabila menerima panggilan pula, kalau anda bertuah akan ada ringtone yang keluar, kalau tak ada ringtone, terlepas la call tu begitu saja kalau tak perasan kan..

Banyak lagi masalah-masalah seperti voice yang perlahan bila telefon, mesej yang lambat keluar, lambat dan tidak selalu boleh dipercayai, kurangnya dokumentasi dan sokongan, Kebimbangan keselamatan produk, dan macam-macam lagilah..

Jadi kesimpulannya, nak iPhone yang murah belilah second hand, korang akan berterima kasih nanti (dia kata la!).

p/s : aku tak tahu kat Malaysia ni kat mana nak dapatkan benda alah ni, korang research sendiri ye, dah dapat share kat sini, hehe..

++iPod touch 8gb boleh didapati dengan harga RM829 (harga dalam mall tesco)


Contest Facebook Aizuddin.com



Hari ini wan cuti!! yeay! Pepagi lagi sudah bangun, dengan harapan nak pergi servis motorku yang da tegedek2 tu...


gambar pinjam kat google jap.



Sebelum mandi online dulu! Teringat pulak pasal invitation malam tadi sampai menghentak-hentak kepala , iaitu daripada Aizuddin, pasal dia punya contest yang simple sangat, actually dah lama dah baca pasal contest tu, tapi tak terjoin plak, sebab? ...

Sebab time wan online adalah jam 12 tengah malam keatas, (baru balik kerja) jadi mata macam lalok-lalok ayam je, maybe sebab tu kot, jadi kali ini dah dijemput pula, maka berbesar hati lah nak join, simple je pun, hanya post gamba kat atas sekali tu kat fanpage FB lepas tu dapatkan "like" yang paling banyak, hadiah pun lumayan dong!~

Contest Facebook Aizuddin.com masih lagi berlangsung dan korang leh join, guna akaun FB je pun boleh, tak wajib pun buat entry ni. (tapi kalau buat dapat 10 points lbey!) he


Credit to Aizzudin, dia adalah salah sorang blogger-blogger yang paling awal aku kenal masa start blogging dulu-dulu...

Ok sesiapa yang rasa baik hati dan pemurah dan ingin jadi lagi pemurah mari lah klik 'like' kat photo yang dah diupload oleh wan kat sini WanForAllForContest!





2011/02/02

Design Logo dan Header


Semenjak aku kembali aktif dalam dunia maya ni, (sebab baru beli broadband), aku pun aktif mengedit gambar dan memain2 dengan html, aku ni suka explore benda-benda baru yang aku tak pernah tengok, hasilnya tengok jelah blog ini, macam-macam widget aku dah letak.

Tapi tak adalah sampai serabut sangat, ye tak, minda ini masih terikat dengan professional layout, widget tak perlulah banyak sangat sampai mengarut-ngarut, betul tak.

Blog ini pun tak habis edit html dia lagi sebab ada yang tak reti, contohnya yang kat atas tu, home, about, sume tu apa lagi entah mengarut, bukan ada link pun, padam nanti tak boleh buka langsung blog, hehe.. Untuk pengetahuan, yang entry list kat atas tu pun guna html, tiap kali post kena edit html dia satu-satu.

Aku sebenarnya terfikir nak cari income dari benda-benda macam ni, lagipun dah ada basic ngan hubungan yang baik dengan adobe photoshop! yeah! hehe.. So setakat ini baru ada dua design yang dibuat secara serius tak berapa nak serius la, satu logo, satu lagi header encik mohdkhairi.


Logo untuk disambung pada logo yang sedia ada.




Header Encik MohdKhairi, kawan UiTM ku.




Aku tengah cari pasal adobe, tetibe aku jumpa gambar ni derr! haha! inilah gunanya adobe kalau dah kebosanan! *tak ada kaitan dengan sesiapa pun dalam post ini ye!..

So , kesimpulannya, mana lah kalau-kalau ada orang nak aku designkan header dia, saya sedia menerima, kalau sambutan yang baik boleh wat bisnes! hehe

p/s: klik gamba kalau tak puas tengok!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys