Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

2015/04/21

Comeback ?

Hye semua.

Salam 1 Malaysia !

Sudah sekian lama tak login blogger ni !
Sebab utama adalah tak suka login dari hp, kalau laptop kena tunggu dapat wifi free dan laptop ni pun xpenah pulah bawak keluar g lepak2! ahah

Tapi atas sebab-sebab tertentu tak delete pun blog ni.
Cuma belum pasti lagi nak buat entry comeback pasal apa, semenjak resign tahun lepas rasa macam2 benda nak update, mostly on photography dan kek la uols!

Kali ni Wan update pic sendiri je la ok! Tapi adobe editing version. yeah.




2013/09/11

Wordless Wednesday

2013/06/08

Tips Gembira Sepanjang Hari

Salam,
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:



1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.


2012/10/10

2012/09/26

Wordless Wednesday

 

flowerss4

2012/09/21

Jalan-jalan Photoshoot

Oh yeAH!!
jom jalan-jalan sambil singgah photoshoot kejap!
hee



hehe. kantoi je kasut!!! aiyo


Hantaran Penyeri Ikatan Janji

Hantaran perkahwinan bertemakan purple dan sedikit gold .
FLOWERs by Hazwan Mohd 
Tahniah kepada pengantin, Wan dan Eryn



 sirih junjung

Sejadah dan al-Quran

Telekung


Make-up set

Perfume set


Dulang tak matching sebab dah bertukar dengan lelaki., hee

Kasut   

2012/08/15

Kad Raya di Facebook

Sudah tiba penghujung Ramadhan,
di facebook meriah dengan notifications kad raya yang di tag kan !
Apa kata korang tag kat FB Hazwan Mohd , then wan akan share kan disini..
yeaHH
Jom tengok sikit design-design yang brilliant ni :

daripada ; Amirul Syazwan


daripada : Eddy Syrol


daripada : Lelaki Geek


daripada : Luna Evans

Tag lagi untuk di share ya! Selamat hari raya....

p/s : admin tak design lagi kad raya...takde mood

2012/06/18

SURAT DARI IBLIS (share)

 

 SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada sesiapapun.

 

dari FB Wan Hazel

2011/09/28

Wordless Wednesday #18

etweett

 

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

2011/09/14

Wordless Wednesday #17

 

eDSC_0770

 

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

2011/09/13

Nota : Kawan Yang Baik

best-friends

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

best_friends_2

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Sumber : Kawan baik. Terima Kasih.





2011/09/07

Wordless Wednesday #16

 

eeDSC_0719

 

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

2011/09/02

Melayu dan Hari Raya

Salam lebaran semua! Mesti ada yang masih dalam mood raya lagi, baru 4 hari kan!

Kali ini nak story sikit la pendapat yang lahir dari hati yang suci ini!... Err..

Setiap kali nak tibanya raya, korang mesti teringinkan sesuatu yang baru, paling tidak pun sehelai baju baru. Tak kurang juga golongan mak-mak mendambakan perabot baru, tv baru, gelang bling2 baru, sofa, almari, handbag, telekung. Ops... Bagi yang berkemampuan bolehlah mendapatkan apa yang didambakan dengan sekelip mata saja, bagi yang kurang berkemampuan?

Tak sedih ke korang bile korang bersofa baru, tv baru, baju baru even henfon baru -ehem- sedangkan kawan atau orang terdekat yang kurang berkemampuan hanya mampu tersenyum untuk berkongsi kegembiraan itu, walaupun hanya melihat sudah cukup untuk mereka gembira, untuk memilikinya jauh sekali.... Tapi kalau dah berkemampuan apa salahnya kan, tapi biarlah berpada-pada hendaknya...

Lagi satu masa raya lah masanya untuk ziarah-menziarahi ke rumah saudara mara, sahabat handai segala. Hari raya je ke? Sah-sah la bila jumpa setahun sekali, soalan pertama yang akan naik carta adalah mengenai diri sendiri: dah kahwin ke? Dah beranak ke? Tak sambung belaja ke? (macamkenal.jesoalanni!) Setahun sekali je kan kau tanya pasal orang lain! Hadapjelah!...

Dan yang semakin hot sekarang ini adalah mata dan tumpuan yang hilang di keramaian beramah mesra, hanya tertumpu pada gadget-gadget canggih manggih yang dimiliki! Sedang kita bahagia berborak tuptap2, dah la setahun sekali je jumpa kan! Kau pulak layan gadget kau je, dah nak balik baru kau buat tanya soalan2 cepumas tadi, (macamlah.aku.takde.gadgetkan!)..

Lastly nak pinjam words dari seseorang : tak payahlah nak.mengharap berlawan-lawan ziarah, orang dah datang rumah kita itu bersyukurlah!... Kann!...

Sekian pendapat ikhlas 70% ditapis dari insan yang bernama Hazwan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2011/08/31

Salam Lebaran Aidilfitri

 

WANKADRsssAYE

 

Selamat hari raya kepada semua..

Maaf jika ada terlaser terasa! heehe,

Lama tak update blog…

2011/08/18

Spontaneous thursday

Sitting next to you doing absolutely nothing means absolutely everything for me~
Published with Blogger-droid v1.7.4

2011/08/17

Wordless Wednesday #13

eDSC_0563

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.




2011/08/02

Sahabat Blogger Mencecah 10000 !

10000? RM ke? oh no no.. 10000 ahli dalam group FB Sahabat Blogger lebih berharga daripada RM10000 ! right! (jiwang)

 

Logo-SB

 

Pertama sekali bebanyak terima kasih kepada semua blogger yang menjadikan ahli Group Sahabat Blogger sehingga 10 ribu lebih! Kedua tahniah kepada geng2 Admin yang start daripada Amal Espraza .

Group yang bermula dari bawah sehingga lah sampai ke puncak!

 

3

2

 

Aku join group ni rasanya dah berbulan-bulan kan, sejak dari ahlinya baru 3000 lebih macam tu, join je, lepas tu masukkan kawan-kawan aku juga blogger seperti Mohd Khairi , Lynda Roslan, Lady Leaya, Nur Eyda, Cik Hanis  (tak pasti lah aku masukkan korang ke korang masuk sendiri! hehe)… dan juga mesti diorang ajak kawan-kawan diorang juga blogger untuk join group ni, maka semakin meriahlah ahli nya.

 

Lepas tu aku tengok banyak aktiviti macam gathering daripada SB, tapi aku tak dapat join, susah nak minta cuti-kerja. Yang bestnya kat Melaka-Mitc bowling centre , sangat ramai, aku pun segan nak masuk!,, hee. sebenarnya hari tu aku kerja, tapi aku lari kejap nak jenguk korang.. lantas dapat la feel betapa bestnye gathering!.. Sampai je korang dah abes bowling dan korang nak g makan aku balik, sambung kerja! sapelah yang perasan aku kann.. haha..

 

Apabila berada dalam golongan SB dan mengikuti twitter masing-masing, aku dapat rasakan aku semakin cepat tahu pasal isu-isu semasa, dan juga semakin menyokong Malaysia(bola)!…

Semoga SB terus mengorak langkah maju kehadapan (dengar cite nak dafta nama grup!) dan kita dapat bersama-sama memeriahkan dunia blog di Malaysia terchenta!

 

Entry ahli lain : KUNCI LOCKER , AMAL ESPRAZA, KOQIN



2011/07/31

Salam Ramadhan

hd ramadan12

Moga ramadhan tahun ini penuh dengan kebaikan….

p/s: bersahur puasa pertama di R n R lah nampaknye… hee



2011/07/28

Spontaneous Thursday #4

 

 

Kena pergi Batu Pahat! Out!

 

 

 

Kata-kata spontan pada hari Khamis.

Fanpage ST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys