Showing posts with label Landscape Architecture. Show all posts
Showing posts with label Landscape Architecture. Show all posts

2011/04/13

Review Blog : Hairie Cerulean - mohdkhairi.com

Sebagai menyempurnakan janji-janji lepas mengenai review blog daripada contestant Saya Suka Jonker Walk Contest, maka dengan ini terhasillah satu review blog untuk pemenang pertama, iaitu, encik hairie daripada http://mohdkhairi.com .

kery1

Sudah lama nak buat review tapi tunggu je sampai beliau nak tukar template dan header baru, sebab boleh join sekali dengan post header dan template yang wan dah design untuk beliau ye..

Kat atas tu blog sekarang yang dah berwajah baru, biru-biru lagi! Suka tak? hee

Kat bawah ni template lama, dari start blogging dulu betul tak khairi?

tmplte lame

Nak buka balik story-mory lama dulu pasal hairie, beliau merupakan kawan seangkatan daripada UiTM perak lagi, buat blog masa diploma dulu, antara kawanku yang terawal ada blog, ke? ahaks!.. sekarang sedang meneruskan Ijazah dalam bidang yang sama, iaitu Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian). (wan tak sambung ye, harap maklum).

Beliau juga berasal dari sebuah pekan kecil Parit Sulong, seperti ditulis dalam profile nye. Blog beliau yang menggunakan domain sendiri ini banyak meceritakan mengenai kehidupan seharian dan info mengenai Landskap, Johor negeri kelahiran, isu semasa dan isu blog, juga sedang aktif menyertai contest daripada blogger lain.

Penulisan yang agak panjang, penuh dengan isi dan pendapat yang mendalam mengenai sesuatu isu, entry pun dah semakin sentiasa update ye, kalah wan! he.

Sekian, untuk encik hairie, semoga berjaya dalam bidang landskap dan terus aktif blogging hendaknya dan memeriahkan lagi dunia blog, dan landskap!

P/s: daripada beliau lah aku kenal Aslann As tu! (member rupanya)

Sekarang Aslann dah makin femes nampaknya ye, nak tumpang glamor la, sebab tu letak nama dia.

konv3

Malas nak cari gambar-gambar time diploma dulu, dah burn dalam dvd semuanya, hanya dapat gambar ni saja, masa konvo lepas, konvo dengan Farid Kamil tu! yeah!

Baru perasan dalam gambar ni semua dah ada blog kecuali yang baju hijau kat depan tu!

Dari kiri, Shahrul, Lady Leaya, Mohd Khairi, Wann, Arepeaz, Lee

Time ni yang betul-betul konvo adalah wan dan shahrul je, yang dah konvo leaya, khairi, dan lee, yang selepas itu, ops… intake sama konvo lain2, erk, paham-paham jela…




2011/03/21

Mari Berjalan di Alam Maya


Gambar autostitch daripada 3 atau 4 gambar yang berlainan angle. Tempat : Shah Alam, sebelah PKNS


entry232

Dataran Shah Alam, gambar autostich, so kereta tu agak misteri sikit!


Yeah! Tajuk posting yang agak skema –whatever- ! Apabila quota broadband ditengah bulan ini semakin merundum, Wan pun telah klik apa saja folder yang boleh diklik dalam laptop ni, sehinggalah terjumpa satu folder yang bertajuk seperti diatas!


Sebenarnya, entry ini dah lama nak dipublishkan, sejak 2009 lepas! ahaha, tetapi disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan sampailah sekarang baru tergerak nak post. Ini adalah hasil kerja Wan ketika final sem (bukan sem terakhir) Jan 2009-Mei 2009. Semester yang agak menguji kesabaran dan skill berdikari dan pengurusan masa yang efisien!


Semua ini dibuat menggunakan program Sketch Up daripada google, korang kalau nak try boleh la download, search je kat google, boleh download free je, benda ni simple je, tak la serabut sangat macam software-software high skill yang lain. Sekali dah guna mesti addicted punya!


Oh ya, bagi yang belum tahu, Wan adalah Alumni UiTM Seri Iskandar, Perak, Diploma Senibina Landskap, sekarang bekerja sebagai,… mahu lebih detail?, tanya di twitter!


Tajuk Projek : Proposed Urban Development at Shah Alam Town Center

-design landskap kawasan urban termasuklah hardscape dan softscape, perkara utama yang menjadi kepentingan adalan connection dan space. (dah lupe lah)… Site sebenar adalah seperti gambar dibawah tajuk, merangkumi kawasan dari Plaza Alam Sentral sampai lah, SACC Mall, sekitar situ lah.. Besar siot!


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah dia contoh presentation board, tapi belum digrafikkan dengan colour. Sebenarnya semua kerja digalakkan manual saja, tapi time ni semua tengah seronok mengexplore sketch up sampai jadi terlebih-lebih addicted…. sehinggakan menjadi semester final yang bukan terakhir … (tak semua) disebabkan board hitam putih macam tu je!


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sketches – yang ni manual sketch tapi copy dari yang dah siap dalam Sketch up! ops..

shah alam walk

Selamat datang! ahaha! korang nak kedai ape? cakap je..

shah alam wavclk

Terlebih sudah!

affin ban2k

Semestinya kena ada wifi kan cafe ini! ahaha, macam ramai je kat sane!

affin bank

Sambil duduk-duduk tu boleh menambah ilmu kan…

affin bank3Terlebih rajin sampai jadi detail macam ni! adoi!


p/s : nantikan design untuk sem yang seterusnya daripada sem final ini-means-semester final kedua! hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys