Showing posts with label Review Handphone. Show all posts
Showing posts with label Review Handphone. Show all posts

2012/10/24

iPad Mini !

Apple sudah mengumumkan iPad Mini di San Jose. Berikut adalah semua yang anda perlu tahu.
Nampaknya macam iPad dikecilkan sikit je, macam galaxy tab 7.


senang ke nak pegang macam dalam ilustrasi dari Apple ni??

Ia mempunyai skrin 7.9 inci berbanding dengan 9,7 inci iPad biasa. Ketebalannya pulak boleh dilihat dalam gambar ni :

 
Ia mempunyai resolusi skrin yang sama seperti iPad asal : 1024 x 768. Memandangkan ia kecil jadi skrin akan menjadi lebih tajam (sharp).  
Aplikasi yang direka untuk 1 iPad dan 2 akan dilihat  dengan mini iPad baru, tiada perubahan pun.


Tapi tak rasa macam susah nak pegang ke? better kepit iPad biasa dari pegang iPad mini kan kan kan? 

p/s : Apple semakin kecil, Samsung semakin besar.. errr.

2011/10/19

Samsung Galaxy Nexus – Ice Cream Sandwich 4.0

samsunggalaxynexusliveblog1654

 

"Today, Samsung and Google unveil the world's first Ice Cream Sandwich phone."

 

SAMSUNG mengorak lagi selangkah kehadapan dengan terlancarnya SAMSUNG Galaxy Nexus yang menggunakan sistem Android version 4.0 – Ice Cream Sandwich yang terbaru!

Baru saja di lancarkan secara rasmi di Hong Kong dan mungkin akan ke pasaran Asia pada bulan November ini.

 

galaxy-nexus-product-image-1

 

Spesifikasi yang ditawarkan :

  • -Android version 4.0
  • -Skrin 4.65-inci -720×1280 HD Super AMOLED
  • -Kamera 5MP dengan LED flash- 1080p
  • -Kamera hadapan 1.3 MP
  • -Dual-core processor 1.2GHz
  • -1GB RAM, 16/32 GB internal
  • -LTE, HSPA
  • -1,750mAh battery

 

samsunggalaxynexusliveblog1801

Keistimewaan yang menarik perhatian adalah ANDROID BEAM – NFC based , hanya menyentuh dua hp, dan bam, sudah boleh bertukar maklumat !

 

samsunggalaxynexusliveblog1766

Dan juga jangan risau tentang bil melambung-lambung yang dihadapi pengguna android terutamanya yang pertama kali menggunakan smart phone ini, kerana sudah ada aplikasi untuk memantau data yang telah digunakan dan juga boleh melimitkan penggunaan data.

 

samsunggalaxynexusliveblog1693

 

Kesimpulannya SAMSUNG Galaxy Nexus adalah gadget yang complete dengan leisure and work-kamera, video, entertainment, officework, people, FAST!

 

samsunggalaxynexusliveblog1611

samsunggalaxynexusliveblog1674

 

akhir kata : "When Samsung says fast we don't just mean fast compared to last year's versions." It's a 1.2GHz processor "that flies" and "ultra-smooth" multi-tasking. 

 

Sumber : Engadget

2011/10/05

Bukan iPhone 5 tapi iPhone 4S !

photo-iphone-4-3-550x375

 

SAN FRANCISCO – Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.

 

Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

 

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru – iPhone 5 – seperti yang dinanti-nantikan.

 

sumber : mynewshub

 

 

galaxy-s2-iphone4 

IPhone 4S mengekalkan bentuk seperti iPhone 4 dengan perubahan besar pada internal. IPhone 4S yang baru akan berbangga dengan cip A5 Apple yang baru dan 1 GB RAM, menandakan ini iphone yang pertama dengan pemproses dual core dan grafik dual-core. ( Samsung galaxy S 2 dah lama dah keluar! )

 

Juga didatang kan dengan fungsi kamera 8 mp dan 1080p video recording, ermm.. hahah.

 

p/s : Samsung galaxy S 2 saje lah! tak payah nak jailbreak2 bagai! ahha –(pendapat sendiri)

2011/08/15

2 Versi Berbeza Samsung Galaxy Tab 7 inci

samsung-galaxy-tab1-500x371

Lebih banyak kemungkinan sekarang ataupun lebih elok disebut : Tiada Yang Mustahil Masa Kini.. dengan tablet 7 inci- Samsung GALAXY Tab.

Hari ini di tempat kerja merasai sesuatu tekanan apabila dari pagi hingga petang menjawab soalan yang sama saja. Semuanya gara-gara meletakkan 2 jenis Samsung Galaxy Tab 7 inci yang berbeza harga, dan soalan yang meningkat mendadak macam rating SEO yg terkini adalah :

APA BEZA DUA NI dik?

Mula-mula boleh menjawab lagi. bila dah 218 kali soalan yang same, menangis lah jugak nak jawab, time kaseh sebab tanya tapi tak beli.. erk..

kat_Full Boleh mencelah photo sekejap-dari pagi senyum macam ni , bile dah petang sikit hanya mampu --

forced-smile ---macam ni je.. minta mahap lah.. hehe..

OK , back to the topic, sebenarnya Samsung Galaxy tab 7 inci itu ada dua versi iaitu :

1. 3G dan WiFi - RM 1599 (RRP)

2. WiFi ONLY - RM 1199 (RRP)

ONLY itu ditegaskan semula- bahawasanya WiFi ONLY itu tidak boleh membuat sebarang call, hanya boleh online di tempat yang ada Wireless kerana tidak boleh masukan simkad, maka harganya murah sedikit daripada 3G dan WiFi. 3G dan WiFi pula boleh masukkan simkad dan juga wifi, tambahan boleh buat call.

Sudah faham? itu sahaja beza 2 versi galaxy tab ini, function dan specification lain adalah sama.

11_galaxy-tab-ad

Jangan kau jadi macam laki ni tengah tu pulak kan!~ showing off je!…

p/s : agak jeles tahap 3 bile nampak orang bawak galaxy tab jalan2,,. jeles tahap 18 bile ade orang tak reti nak gune bluetooth atau headset untuk jawab call! !! … pliz lah,..

2011/07/12

Android Kalahkan Apple!

android-logo-best-android-apps1

Android OS kini semakin mengalahkan iOS dari Apple! Jadi pertama sekali perkara yang selalu wan nak cakap adalah –'”lupakanlah angan-angan nak beli iPhone ke Blackberry ke, untuk apa?”.

You should go for android!

android-vs-apple

Dah ternyata tajuk mengutarakan 2 perkara utama daripada Android yang digunakan oleh banyak pilihan jenama dan juga iOS daripada iPhone, jadi kita lupakan RIM dari Blackberry. Symbian dari Nokia?-perlu ke mention lagi sekarang ni? ops. ….

Mengikut sumber kajian comScore mengenai sistem pengendalian (OS) dan pengeluar utama di Amerika Syarikat, Android telah mengatasi iOS. Kajian ini adalah daripada bulan Februari hingga Mei tahun 2011 dan daripada umur pengguna 13 tahun ke atas!

market share

Pengeluar utama pula didahului oleh SAMSUNG dan juga jangan terkejut jika APPLE jatuh di tangga ke-4. Samsung yang semakin banyak mengeluarkan model-model yang hebat dengan OS android kini menjadi pilihan ramai.

masahre

Diikuti dengan LG, Motorola kemudian Apple yang digemari ramai rakyat Malaysia ni… juga RIM iaitu Blackberry yang selalu didamba-damba juga. Nokia? sekali lagi nak ingatkan, lupakan saja nokia…. tiada apa keistimewaan.

Reasons-Why-Android-Will-Win-Windows-Phone-7-6

Jadi sudah terbukti Android kini meningkat dengan jayanya dikalangan pengguna yang bijak memilih. Kita boleh jumpa banyak jenis gadget yang disediakan oleh banyak pengeluar menggunakan platform android. Jadi usahlah bermimpi lagi, dapatkanlah gadget Android pilihan anda mengikut jenama yang disukai dan berbaloi untuk dimiliki serendah hanya lingkungan RM500++.

Masih tak tahu Apa Itu Android? Klik Sini

Sumber : GSM arena dan Google

p/s : bukan nak menghasut tapi memberi nasihat :-) peace \0/



2011/07/07

Review Handphone : Samsung Galaxy S 2

Samsung Galaxy 2 : Superb Android in Town!

 

s21 

Kemunculan Samsung Galaxy S 2 (GS2) yang dijana dengan Android 2.3.3-Gingerbread sangat ditunggu-tunggu oleh penggemar gadget seluruh Malaysia ini, SGS2 adalah upgrade version yang lebih baik dari Galaxy S sebelum ini hampir setiap aspek. Dari pemproses dual-core, untuk paparan yang lebih besar, unggul, GS2 adalah alat yang menakjubkan yang akan mencipta sejarah dalam rangkaian Android. Mari kita mulakan dengan Video iPhone 4 vs Samsung Galaxy S 2 :

 

 

P1010884

Dilengkapi dengan paparan Samsung Super AMOLED Plus,  paparan GS2  tajam dan jelas. Ketepuan warna yang cantik, dan berfungsi dengan baik dalam cahaya matahari langsung. Paparan skrin bersaiz 4,3 inci lebih mudah untuk dikendalikan dengan ketebalan hanya 8.49mm, tetapi masih mengekalkan benjolan signature Galaxy S di bahagian bawah.

 

P1010867

Ciri fizikal seperti  earpiece di bahagian atas, seperti yang anda harapkan, serta kamera depan 2 megapiksel, sensor cahaya ambien di bahagian atas, dan logo Samsung di atas. Di sebelah kiri dilengkapi pelaras volume, post caj di bawah, tetapi tiada butang khas untuk kamera.

 

Bahagian belakang GS2 tidak lagi menggunakan plastik hitam kilat yang menampakkan cap jari seperti Galaxy S, tetapi menggunakan lapisan bertekstur yang masih sangat sekeping plastik yang rapuh, tetapi peranti ini masih terasa seperti produk premium! Belakang telefon bimbit diisi dengan kamera 8 megapiksel dengan flash LED tunggal, logo Samsung, dan pembesar suara kecil di sebelah kanan bawah dari bonggol.

 

s22

 

Akhirnya, ia bagus untuk melihat telefon bimbit yang menyokong WiFi N dan sebenarnya boleh mengambil kesempatan dengan band 5GHz. G2X, iPhone 4, dan lain-lain yang menyokong WiFi N hanya boleh menggunakan jalur 2.4GHz, tetapi Samsung entah bagaimana dapat mengatasi untuk radio tambahan, dan tidak memikirkan saiz dalam berbuat demikian.

 

 

s23 gsmarena_022 P1010871

 

P1010876 Samsung_Galaxy_S_II_02 samsung-galaxy-s-2-hardware

 

Review

Full Specification

Facebook Fanpage

 

RRP : RM 2099

2011/06/15

Cara Guna Android Market : Versi Ringkas

Dah beli Android smart phone? tapi tak tahu nak download application dari android market?

Rugi rasanya kalau tak explore Android market jika dah ada Android phone. Lebih 100 ribu application yang boleh didapatkan secara percuma, hanya memerlukan sambungan internet sahaja.

Mari tengok macam mana.

angry-bird-pops-1Angry Bird adalah salah satu game yang top boleh didapati secara percuma di Android Market

Application? Apa itu application? Macam function dalam handphone la, boleh tambah-tambah lagi? suka tak? Games ada, software ada. Cakap saja nak cari apa, boleh cari dalam android market.Tak macam Nokia, Symbian,.. banyak bezanya.

android market1 1st sekali mesti ada connection wifi atau internet. Buka android market, jika belum register gmail, sila register, dan boleh terus digunakan, pilih application, games atau search sendiri apa yang anda cari.

android market2 Contoh kali ini wan pilih Aplication> pilih all application. Ataupun kategori lain untuk lebih spesifik.

android market3Yang penting pilih Top Free, sebab baru-baru ini android market Malaysia sudah ditambah dengan Top Paid. Kali ini nak bagi contoh app : FACEBOOK for Android – application inilah yang wan selalu guna bila update status Fb ada via android . (hehe-SEO saje)

android market4 Akan keluar seperti ini, dan klik install. Seterusnya klik OK.

android market5 Tak nampak Download Notification? Tarik status bar diatas dan anda akan nampak status download bagi application tadi. Download banyak apps satu masa pun tak jadi masalah.

android market6 Succesfully Installed akan keluar jika apps sudah berjaya didownload! Sekarang untuk gunakan klik saja disitu.

android market7 DONE! senang kan? dah boleh pakai, ada sesetengah apps yang kena klik terms and condition dulu jadi, jangan matikan dulu internet sebelum membuka apps yang baru diinstall.

Contoh adalah : CSL Droidpad Mi700

P/s : Sorry grafik tak cantik, dah nak balik kerja tetibe teringat nak buat entry ini, ambil gambar guna handphone je.



2011/05/04

Inilah Android ku sayang~

 

np1

Tak habis-habis dengan android die, die pakai ke android?? ahaha..

Of coz la wan ada android ye! tu die, baru je beli cover belakang apa nama ntah, ngan tali tu-untuk pegang elak jatuh!  jatuh menanges!!!

Apa yang menarik perhatian pada handphone ini adalah kamera dia yang 8 MP tu dan juga rakaman HD video.

 

np2

 

np3 

Dan juga yang penting sekali adalah : game! ahaha, download lah sebanyak mana pun, tapi tak leh gak, kena upgrade dulu jadi version 2.2, sekarang ni 2.1 je, so install application dalam internal memory je,

kalau nak install dalam memori kad kena pakai android 2.2 keatas la, tak kisah pun~ ahah

Boleh je upgrade – ada je cara-cara kalau pandai search- tapi tunggu dulu la~ heeee

 

np4

 

Lagi satu senang nak manage kehidupan yang sangat bz ni (ehem) dengan adanya shortcut-shortcut kat skrin. Nak lagi senang groupkan je macam wan buat-contact-extra-internet-games!

 

huy 

Bila lah nak wat review betul-betul pasal hp sendiri ni? !

Done, actually nak tunjuk cover tu je, ko ade? erk… okbai…

p/s: dah xde idea nak update blog.




2011/04/21

Review Handphone : CSL Droidpad Mi700

entry231

Kali ni wan nak berkongsi info mengenai satu tablet daripada CSL. Mi700, adalah sebuah android tablet bersaiz 7 inci lebar yang menggunakan platform android ver 2.2 Froyo.

CSL adalah sebuah jenama daripada Malaysia! bukan China ya, jadi berbanggalah sebagai rakyat Malaysia sebab Malaysia dah boleh buat tablet sendiri, 1st sekali mesti korang ingat ini adalah tiruan semata-mata daripada iPad kan?

Banyak juga perbezaan android tablet ini dengan iPad, yang utamanya ialah Mi700 ini boleh membuat panggilan keluar, kelemahannya adalah tiada memori dalaman yang tersedia seperti iPad, tetapi boleh diatasi dengan memasukkan memori kad sehingga 32 GB. Lagi satu yang penting dan harus dipandang hebat adalah application yang disediakan beribu-ribu itu adalah percuma sahaja! Boleh download di android market.

Seperti basic handphone , korang boleh call, mesej, main game, touch screen lagi! Tambahan lagi korang boleh edit kerja-kerja dalam microsoft office, baca e-book, gunakan sebagai GPS, kamera, banyak lagilah.

Untuk spesifikasi yang lain boleh klik sini.

entry234
entry233

Dengan populariti android tablet yang semakin meningkat, DIGI telah pun menyediakan plan untuk 2 tablet android, salah satunya ialah CSL Mi700 ini, dan pilihan lain adalah Samsung Galaxy tab.

entry235

Dahulunya DIGI telah memulakan dengan harga RM799 untuk kontrak selama 2 tahun, dan sekarang baru diupdate, hanya RM699 sahaja!

entry23rr1

p/s : series best online twitter, website, youtube! i’ve tried!Kalau dah pakai smartphone macam ni baik ambil kontrak je ye kalau tak reti gune, err ,. opss


Update terbaru : 12 Jun 2011 - dapatkan tablet ini dengan hanya RM999 tanpa kontrak di Pasaraya Tesco terpilih (kaunter telefon dan kamera-dalam tesco).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys