Showing posts with label link. Show all posts
Showing posts with label link. Show all posts

2011/06/07

Harga Blog Anda

Harga blog? Blog boleh jual ke?

Yessza,! nak share sikit satu website ni boleh cek harga url blog kita tu berapa value dia.

Sebagai contoh blog aku ni :

blog priceValue blog aku adalah : RM 8,958.91 !! wooh! bestnya kalau boleh dapat duit sebanyak itu dengan senang je kan? haha.. tapi siapalah nak beli url blog kita ni..

Ce tengok blog korang pula berapa? kat sini : CLICK HERE

Mesti lagi berpuluh-puluh ribu punya kan! hehe..

p/s : entry sekilas lalu je.



2011/04/14

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan

5606539145_be7bed1e92_b

Pertama sekali nak cakap tak suka minggu-minggu orientasi ni! haha! Bosanlah asek nak kenalkan nama je, kalau sekali dua je takpe, ni setiap kali modul ke program ke, seberapa banyak kali tu la perlu kenalkan diri dari a-z! Tapi yang ni lain sikit sebab tak payah nak bercakap, taip je. So suke lettew!

UBM

Nama anda dan nama blog anda.

Nama diberi Hazwan Najib’mullah Bin Mohd, menggunakan nama mesmerising_wan / mesmerising1 dan sekarang ingin dikenali dengan nama baru iaitu : hazwan mohd, simple dan tiada kontroversi lagi!… boleh tak? Korang boleh panggil saya wan!

Blog saya masih mencari-cari tajuk yang boleh diingati semua makhluk dalam dunia ni, jadi sekarang hanya menggunakan wan’s official blog.

Sejak bila mula berblog.

Mula berblogging pada seperti yang tertera pada blogger profile adalah since OCTOBER 2008 lagi.

Menggunakan platform blogger pada mulanya dan berhijrah ke wordpress pada 2009-2010 dengan menggunakan domain sendiri.

Kembali semula kepangkal jalan iaitu blogger kerana domain yang expired setahun tak renew, ada masalah sikit masa tu, sebab tu kalau korang perasan kat archive tu 2010 posting ada 6 entry sahaja, kerana selebihnya ada didalam blog wordpress itu yang hanyut bersama domain ku itu…… sob sob,… seterusnya mulai aktif semula pada awal 2011 setelah mempunyai broadband sendiri! hoho,.

Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.

Setelah aku kembali aktif dalam blogging ni aku telah join Sahabat blogger dan group-group lain dalam facebook dan dari situ aku tahu berapa ramainya blogger di malaysia ini yang tak terkira dan hebat-hebat mengeluarkan idea dan pendapat untuk dikongsi bersama.

Mulai blog walking dan perbincangan dalam group kita juga dapat updatekan diri sendiri dengan info semasa dan ilmu yang tidak mungkin dipelajari dengan sendirinya.

Juga melalui gathering, forum-forum, kupasan dalam majalah, interview didalam tv dan juga terbaru vlog yang diadakan blogger-blogger semakin matang dalam mengeluarkan idea, dan berkongsi pendapat, juga mengeratkan lagi dan membesarkan rangkaian dunia blog di malaysia ini, pinjam kata-kata SAHABAT BLOGGER – WE ARE NOW UNITED!

Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

IPTM ini buat aku terkejut je! (heart attack!) haha, ley? bagi aku IPTM ini mendatangkan kebaikan buat kita semua dan meluaskan lagi rangkaian dunia blog dan blogger.

Kita juga dapat berkongsi idea dari pelbagai aspek, tak kira apa pun kita nak kongsi boleh dikongsi bersama, tiada paksaan dan tiada batasan, dimana-mana saja anda berada. (tak macam pergi kuliah kena pakai skema~ erk)…

Dan sekarang blog yang wajib dikunjungi bertambah lagi seperti sebelum ini, semakin hari semakin bertambah, tak kira lah kita ni blogger newbie atau lama, atau suam-suam kuku je, teruskanlah dengan blog anda, jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalan bila stop berblogging!… Once Broken Consider Sold, Once Blogging, Consider Till Old!! (pantun kerr??)

konv4tetap nak letak gambar konvo dengan Farid Kamil! haha, jeles lettew!

Sekian dari wan, salam kenalan semua!




2011/04/13

Review Blog : Hairie Cerulean - mohdkhairi.com

Sebagai menyempurnakan janji-janji lepas mengenai review blog daripada contestant Saya Suka Jonker Walk Contest, maka dengan ini terhasillah satu review blog untuk pemenang pertama, iaitu, encik hairie daripada http://mohdkhairi.com .

kery1

Sudah lama nak buat review tapi tunggu je sampai beliau nak tukar template dan header baru, sebab boleh join sekali dengan post header dan template yang wan dah design untuk beliau ye..

Kat atas tu blog sekarang yang dah berwajah baru, biru-biru lagi! Suka tak? hee

Kat bawah ni template lama, dari start blogging dulu betul tak khairi?

tmplte lame

Nak buka balik story-mory lama dulu pasal hairie, beliau merupakan kawan seangkatan daripada UiTM perak lagi, buat blog masa diploma dulu, antara kawanku yang terawal ada blog, ke? ahaks!.. sekarang sedang meneruskan Ijazah dalam bidang yang sama, iaitu Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian). (wan tak sambung ye, harap maklum).

Beliau juga berasal dari sebuah pekan kecil Parit Sulong, seperti ditulis dalam profile nye. Blog beliau yang menggunakan domain sendiri ini banyak meceritakan mengenai kehidupan seharian dan info mengenai Landskap, Johor negeri kelahiran, isu semasa dan isu blog, juga sedang aktif menyertai contest daripada blogger lain.

Penulisan yang agak panjang, penuh dengan isi dan pendapat yang mendalam mengenai sesuatu isu, entry pun dah semakin sentiasa update ye, kalah wan! he.

Sekian, untuk encik hairie, semoga berjaya dalam bidang landskap dan terus aktif blogging hendaknya dan memeriahkan lagi dunia blog, dan landskap!

P/s: daripada beliau lah aku kenal Aslann As tu! (member rupanya)

Sekarang Aslann dah makin femes nampaknya ye, nak tumpang glamor la, sebab tu letak nama dia.

konv3

Malas nak cari gambar-gambar time diploma dulu, dah burn dalam dvd semuanya, hanya dapat gambar ni saja, masa konvo lepas, konvo dengan Farid Kamil tu! yeah!

Baru perasan dalam gambar ni semua dah ada blog kecuali yang baju hijau kat depan tu!

Dari kiri, Shahrul, Lady Leaya, Mohd Khairi, Wann, Arepeaz, Lee

Time ni yang betul-betul konvo adalah wan dan shahrul je, yang dah konvo leaya, khairi, dan lee, yang selepas itu, ops… intake sama konvo lain2, erk, paham-paham jela…




2011/03/16

Blackbery, iPhone atau Android?



Sudah update pasal android semalam jadi hari ini baru boleh update pasal borak-borak dalam Sahabat Blogger pasal handphone lagi! hehe


Perbualan ini telah berlangsung pada 11 mac 2011 lepas. ( ada macam laporan tak? )

Melibatkan wan:Hazwan Mohd, Amal Anuar, Zulsyamin Suhaimi, Dato Ahmad Zaki Jinlapudin, ‘Atiqah Ibrahimovic, Redzuan Ridz, Fahmi Mahat, Hamizah Hasnan, Amirah Izzati, dan juga Panas Hati.

(semuanya mungkin nama sebenar atau tidak.. hehe)


Persoalannya adalah, apa bagusnya blackberry itu?

Bermulalah perbincangan hot and cold pasal handphone, antara subjek yang termasuk dalam perbincangan ini adalah : Blackberry, iPhone, 3310, Nokia C5-03, Nokia C6-01, Android phone, dan juga PUBLIC PHONE!

Ikuti perbualan : KLIK GAMBAR DI BAWAH

1w
2w
3w
5w
4w
8w
9w
At last Wan nak highlight satu statement dari Encik Panas Hati,

entry2210

Android cool! Banyak application yang boleh download free je! Tak tahu apa itu android?
KLIK SINI

Sekian , Wan sekadar berkongsi pendapat, selebihnya terletak pada tangan korang sendiri untuk menggunakan handphone apa pun, yang penting ada kredit untuk balas mesej!! ops….okbai….



2011/03/03

Senarai Peserta Contest S.S. Jonker Walk

Dan berakhir sudah contest pertama yang diadakan dalam blog ini. Walaupun hadiahnya tak seberapa, tapi dengan hasil promosi yang tiptop, adalah juga bloggers yang turut serta dalam contest ni.

 

Pertama sekali seribu penghargaan kepada semua yang dah join contest SAYA SUKA JONKER WALK!! ini. Skemanya ayat! hu..

 

Tujuan utama contest ini adalah untuk mengenalkan lagi blog Wan ni pada semua, (rebranding maybe) dan tujuan kedua adalah untuk mengetahui pendapat pambaca-pembaca mengenai gambar-gambar yang telah disnap dan diupload dalam blog ini. Melalui contest ini juga dapat tahu pendapat-pendapat korang tersendiri pasal sesuatu gambar.

 

A picture is worth a thousand words!!

terima kasih kepada :

 

1. http://atieatiqah46.blogspot.com/2011/02/contest-jalan-jalan-di-jonker-walk.html
2. http://www.mohdkhairi.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
3. http://saouristory.blogspot.com/2011/02/aku-masuk-contest-saya-suka-jonker-walk.html
4. http://story-of-mlife.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk-6.html
5. http://www.ladyleaya.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
6. http://mohdhaniffmohammadyusoff.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
7. http://pinkystorymory.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
8. http://aida4eva.blogspot.com/2011/02/salam-disebabkan-assignment-yang.html
9. http://daunputihmerah.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
10. http://bloqkami.blogspot.com/2011/02/saya-suka-jonker-walk-contest.html
11. http://amirazoe155.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
12. http://missexpel.blogspot.com/2011/02/contest-jalan-jalan-di-jonker-walk.html
13. http://farranadyra.blogspot.com/2011/02/tolong-jaga-khazanah-ini-tolong.html
14. http://syu90contest.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
15. http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html
16. http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-jonker-walk.html

17. http://hafizhafizol.blogspot.com/2011/03/jalanjalan-di-jonker-walk.html




2011/03/02

Jom Terjah Bloglist Mas!!!

bloglist mas


Apa itu bloglist?? Bloglist ini adalah list url blog-blog yang diletakkan dalam blog seseorang, untuk memeriahkan lagi trafik blog yang ada dalam list itu-(hentam!).


Wan pun first time join bloglist ini, masih blur lagi apa itu bloglist, haha.


Kali ini dijemput untuk join bloglist Mas Ahmad Safwan ni, jadi kenapa saya join adalah kerana tertarik dengan template yang kreatif hasil kerja tangan owner blog Mas Ahmad Safwan!


mas blog


Sangat amaze dengan hasil kerja tangan Mas ini, sebab dia kata baru 3 minggu berblogging, tapi blog dia da macam 3 bulan ok, kreatif, kemas dan nice! Wan pun 3 bulan terawal still guna template blogspot je kot, hu. Header dia je dah menarik perhatian apa lagi button-button tepi tu. Unsur jealous melanda sekejap. ahaks!


Erm satu je, Mas tak ada twitter ke? Rasanya blogger tak lengkap kalau tak ada twitter, salah satu cara up traffic blog. Dari segi design dah ok kot, widget pun superb! FB, banner, shoutmix, followers, link! Complete la! Cepat gila dapat buat blog macam ni, mesti rajin explore kan? Tabik lagi sekali, tak dapat menahan spring ni!


Erm lagi satu, rajin-rajin la support segmen blogger lain pula ye, he-ops-… Bukan apa, support our bloggers! Semoga Mas dapat traffic yang baik dengan post-post yang menarik dan juga header-header yang tiptop! Yang penting majulah bloggers untuk negaraku Malaysia!

.mas! i admire ur template!


ok kena tag 3 orang (aku tak suka tag2 ni!.. he)

- khairi

- Aslann

- Alya

okbai...



2011/02/22

Lynda Roslan Covergirl DARA.com


Entry ini khas untuk kawan lamaku Lynda Roslan, dikenali di UiTM Sri Iskandar, Perak, dalam Diploma in Landscape Architecture (2006-2009).

Lynda sambung degree tapi wan tak sambung, hehe, malas, ops,. Anyway, tahniah buat lynda dapat jadi covergirl DARA.com bulan Mac, wan pun gigih gila cari majalah ni, baru dapat jumaat lepas, yang 1st beli dan buat post di blog adalah, encik Hairie! , ahaha.

Time macam ni lah teringat momen-momen sewaktu di Perak dulu, sangatlah teringin nak jumpa semua semula, bilalah dapat bersama-sama buat photoshoot lagi, hang out together-gether!...




Lagi satu nak selitkan dalam majalah Dara.com ni best juga ye, ada macam-macam tips, contohnya hiasan hijab ni, cara pakai shawl, dan banyak lagilah, dapatkan lah untuk lebih lanjut ye, hehe.





Miss u all guys!! Batch LA diploma jul 06-09!!
Antara kawan-kawan yang ada blog

2011/01/25

Shawl / Selendang : Trend Update


Post ini bukan berniat nak jual selendang ye~!
Sekarang ini makin ramai yang memakai selendang atau shawl menggantikan tudung biasa atau tudung lycra yang top sebelum ni. Jadi aku pun nak kupas jugak lah pasal trend yang sedang rancak sekarang ini.

Aku ini kerja dalam mall, so selalu la berdepan dengan orang awam, macam-macam gaya da aku nampak, maybe kat Melaka ini belum ramai lagi yang memakai selendang meriah-meriah, tapi bile start je semester baru, makin ramai pulak yang berwarna-warni selendang dia datang bershopping dalam mall ini!... hehe

Nasib baik aku tak sambung study, kalau tak mesti pening kepala mengadap pelbagai warna dalam kelas!, betul tak kekawan?



Time cari pasal selendang ini ada berjumpa dengan hukum memakai selendang, dalam iLuvIslam (klik gambar untuk baca lagi)



Ini pulak ada beberapa link yang mengajar cara-cara memakai selendang :
  1. the kizs garden
  2. Dayah's Little Crib
  3. cari sendiri! hehe
Aku nak tambah lagi sikit, golongan yang berselendang meriah ni da boleh lawan golongan yang free hair~ betol tak? hehe, beware .. ops~ go girl!


Lastly nak promote blog kawan aku yang menjual selendang dan pelbagai yang sewaktu dengannya, gambar-gambar diatas pun dari blog dia, KK Collection.

2011/01/19

Apa Di Dalam Backpack Anda??

nota : klik gambar untuk lebih jelas!




Aku pun nak join gak, cambest je, inilah dia barang-barang yang aku selalu bawa time pergi kerja or jejalan travel :


1st sekali dari atas kiri : pembersih habuk mini, tisu, lampu LED, eye drops, wax, kamera, pouch bag, body spray, contact lens, panadol, vicks, hp, gegule, perfume, diari mini.



Pembersih habuk : Untuk menghilangkan habuk-habuk di seluar slack anda!!


Diari mini : Kalau rasa malas nak taip guna hp, tulis je (rm3 je) hu



Handphone : dual sim , CSL i-330, celcom on maxis pun on, fair and square! a.k.a MP3 player, he, 2gb memori kad ada. (hp lama da nak rosak) baru pakai hp ni.



Kamera : Samsung WB610, tak mampu nak beli DSLR, terus beli ni, 15 kali zoom, video high definition! Every moment is precious!



Komik : kekadang je bawa yang ni, untuk menghilangkan kebosanan didalam bas atau menunggu kekawan.



Lampu LED : penting ketika emergency, lampu dia warna putih sbenarnya, biru ni untuk kelip-kelip je, plus aku selalu balik keja malam...



Gambar konvo ngan Farid Kamil tu!! hu, kenangan siot..

p/s: aku suka letak gambar bebanyak, hehe..+ selamat hari Thaipusam.
+kalau aku rasa malas nak bawa perfume tu, aku bawa onedrop perfume je...

2011/01/11

Facebook Tutup Kedai Selamanya??!

Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.


Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.


"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.


Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.



Sekarang status facebook ditutup ini masih lagi menjadi misteri, adakah ia akan ditutup atau tidak? Ramai yang kata twitter akan top lepas facebook ditutup, jadi jom join twitter mulai dari sekarang , bagi yang belum ada akaun twitter , mari join di sini : twitter

2008/07/18

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys