Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

2012/06/18

Lelaki dan 'SHORT PANTS'



SHORT PANTS - seluar pendek dalam bahasa melayu.
Di Malaysia yang bercuaca panas sekarang ini memang senang nampak lelaki-lelaki dikalangan anda memakainya, pakwe ke, abang ke adik, bapak pun ada??!...

Ianya sangat selesa dan mudah untuk dipakai. Seluar pendek lelaki telah melalui perjalanan yang panjang dan ini kini boleh didapati dalam gaya dan reka bentuk yang berlainan untuk memenuhi keperluan dan keutamaan yang berbeza mengikut pengguna.

Garis panduan asas yang anda perlu ambil perhatian apabila membeli seluar pendek lelaki adalah untuk mencari sesuatu yang sesuai dengan anda dengan baik dan item yang selesa dimakai. Di sini, mencari sesuatu yang mencerminkan keperibadian anda dan bukannya untuk sesuatu hanya kerana ia dipakai oleh beberapa selebriti terkenal.

Entry ini adalah untuk berkongsi jenis-jenis short pants yang ada, yang digayakan dan juga yang ingin mencuba bolehlah mengambil tahu sedikit info.

  • Baggies - Seluar pendek longgar yang sampai ke lutut. Ini adalah standard seluar pendek yang dipakai oleh pasukan bola sepak Inggeris sebelum Perang Dunia II. 
 
  • Bermuda - Seluar pendek yang biasa dipakai di Bermuda (dengan stoking panjang dan blazer dan tali leher) untuk pakaian perniagaan atau koktel. Biasanya mempunyai poket dan gelung pinggang tali pinggang pilihan.
 
 
  • Board short -  Seluar renang biasa. Kadang digunakan untuk biasa, tetapi selalunya memang beachwear.
 
  • Cargo - Seluar pendek kargo mempunyai lebih daripada empat poket; dan atau poket yang dijahit ke luar kain. Penempatan poket boleh berbeza-beza tetapi yang paling sering dilihat di bahagian bawah atau bahagian sisi yang pendek.
 
  • Cut-off - Seluar pendek dari seluar jeans yang dipotong kaki. Biasanya cukup seksa, besar dan aneh. Syukurlah, anda tidak melihat banyak ini lagi.... 

  • Capri - Seluar yang ketat di bahagian lutut. 

  • HOT pants - kenapa HOT? hee. sebab seluar yang terlalu pendek.

So, nak pakai yang mana, atau nak beli yang mana? :-)

p/s : hanya sekadar berkongsi. (saya suka capri!)


my favourite style : -







2011/07/26

R.I.P Amy Winehouse…

27-club-440

 

Penyanyi Amy Winehouse, yang ketagihan arak dan dadah  dibayangi bakat muziknya, ditemui mati di pangsapurinya di London. Dan beliau mati pada umur 27.

 

amy_winehouse

 

Winehouse yang bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan arak sejak beberapa tahun lalu ditemui mati kelmarin iaitu sebulan selepas dia terpaksa membatalkan keseluruhan konsert jelajah Eropahnya setelah menampilkan persembahan yang teruk di Serbia.

 

Terkenal kerana sikapnya yang pelik, penyanyi bersuara merdu dan pernah memenangi anugerah Grammy itu dipercayai mati akibat masalah ketagihan alkohol dan dadah yang teruk.

 

Satu sumber memberitahu majalah The People bahawa Winehouse dilihat membeli kokain, heroin, ekstasi dan ketamine dari seorang penjual pada Jumaat malam.

 

Winehouse dipercayai patah hati dan 'tidak dapat menenangkan diri' selepas ditinggalkan kekasihnya, Reg Traviss, 34, sebelum dia mendaftar masuk ke sebuah klinik permulihan pada bulan lalu.

 

Beliau mati pada umur 27 dan dikaitkan dengan the 27 club iaitu selebriti yang mati pada umur 27 iaitu Kurt Cobain, Janis Joplin, Jim Morrison, Jimi Hendrix.

 

R.I.P Amy Winehouse…..

 

Amy_Winehouse_858303

 

P/s : dulu penah dengar lagu die full album !! back to black!…

2011/06/16

Dato’ Siti Nurhaliza Dilantik Askar Wataniah

siti askard

Diambil dari Twitter Siti Nurhaliza. Siti adalah salah seorang selebriti yang menyertai program askar wataniah ini. Mesti semua nak tengok macam mana siti dengan latihannya kan. hehe..

Dato Siti Nurhaliza Tanpa Make Up Jom Join Askar wataniah!

siti nurhaliza Marilah semua belia-belia Malaysia! Berbakti pada negara tercinta,. ow!

p/s: IDTS (i dont think so) hee. Nasib baik tak dapat PLKN.. err..



2011/06/12

Didie Alias : Fesyen – Stailista?

Jom tengok fesyen yang digayakan oleh Didie Alias.

didielias8 Terbaru…

didielias10 Dolu-dolu.

didielias1

didielias4

didielias2 didielias3

didielias7

didielias6

didielias5

didielias11

like this one! haha.

didielias9 -Like-

Didie Alias adalah seorang selebriti Malaysia. Aku pernah terserempak beliau di Jusco Melaka! he. Entry bukan untuk mengutuk, biar gambar yang berbicara. okbai.

Sumber : Google.



2011/02/22

Lynda Roslan Covergirl DARA.com


Entry ini khas untuk kawan lamaku Lynda Roslan, dikenali di UiTM Sri Iskandar, Perak, dalam Diploma in Landscape Architecture (2006-2009).

Lynda sambung degree tapi wan tak sambung, hehe, malas, ops,. Anyway, tahniah buat lynda dapat jadi covergirl DARA.com bulan Mac, wan pun gigih gila cari majalah ni, baru dapat jumaat lepas, yang 1st beli dan buat post di blog adalah, encik Hairie! , ahaha.

Time macam ni lah teringat momen-momen sewaktu di Perak dulu, sangatlah teringin nak jumpa semua semula, bilalah dapat bersama-sama buat photoshoot lagi, hang out together-gether!...




Lagi satu nak selitkan dalam majalah Dara.com ni best juga ye, ada macam-macam tips, contohnya hiasan hijab ni, cara pakai shawl, dan banyak lagilah, dapatkan lah untuk lebih lanjut ye, hehe.





Miss u all guys!! Batch LA diploma jul 06-09!!
Antara kawan-kawan yang ada blog

2011/01/10

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25



Tahniah pada ANA RAFFALI, komposer dan penyanyi Tolong Ingatkan Aku, Juara Anugerah Juara Lagu ke 25

Mari ke blog ANA RAFFALI untuk lebih info, facebook, youtube, blogger, email, semua ada dalam blog ni : Ana Raffali

Actually, Start dari jam 10 lebih macam tu aku dah on twitter duk depan tv mengadap AJL, macam-macam tweet yang dah dipost, search ajl je, penuh, ada je tweet bakal masuk, sampai la keluarnya keputusan pemenang-pemenang AJL ni, ramai juga yang terkejut, dengan menyumpah-nyumpah pasal keputusan, hehe, best gak layan twitter ni, walaupun tak ramai yang reply post aku! he

Ok ini dia senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 25,

  1. Ana Raffali - TolongIngatkan Aku
  2. Meet Uncle Hussain ft Black - Drama King
  3. Hafiz - Noktah Cinta

-Persembahan terbaik
: Faizal Tahir - Hanyut
-Vokal terbaik : Hafiz - Noktah Cinta



Anyway, banyak juga kutukan-kutukan daripada orang-orang awam di twitter tu, kat facebook belum tengok lagi, esok mesti makin banyak punya, hehe.. Apa-apa pun tahniah pada yang menang.




Apa-apapun Ziana Zain best malam tu, dari dulu hingga sekarang.. hehe


2011/01/09

AJL 25 : Siapa Bakal Juara?




Malam ni akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 25, di TV3, siaran langsung pada jam 9 malam, 9 Januari dari Stadium Putra Bukit Jalil, siapa yang bakal menjadi juara? Pilihan anda?
14 lagu yang masuk list final AJL :

  1. Selamat Malam - Faizal Tahir
  2. Hanyut - Faizal Tahir
  3. Drama King - Meet Uncle Hussain
  4. Cinta Sempurna - Yuna
  5. Ekstravaganza - Bunkface
  6. Pelita - A.P.I
  7. Mencari Konklusi - Hujan
  8. Noktah Cinta - Hafiz
  9. Sofea Jane - Black
  10. Ku Ada Kamu - Adira
  11. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
  12. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
  13. Berlari - Tomok
  14. Jahat - Stacy

Senarai juara-juara yang sebelumnya :

Juara Anugerah Lagu 2000 (AJL KE-16)
-Siti Nurhaliza – Balqis

Juara Anugerah Lagu 2001 (AJL KE-17)
-Yasin – Mimpi Laila

Juara Anugerah Lagu 2002 (AJL KE-18)
-Nurul & Ajai – Keliru

Juara Anugerah Lagu 2003 (AJL KE-19)
-Misha Omar – Bunga-bunga Cinta

Juara Anugerah Lagu 2004(AJL KE-20)
-Spider – Relaku Pujuk

Juara Anugerah Lagu 2006(AJL KE-21)
-Adibah Nor-Terlalu Istimewa

Juara Anugerah Lagu 2007 (AJL KE-22)
-Estranged-itu kamu

Juara Anugerah Lagu 2008 (AJL KE-23)
- Meet Uncle Hussain-Lagu Untukmu

Juara Anugerah Lagu 2009(AJL KE-24)
-Aizat-Pergi


Orang lain update, aku pun nak update gak~ huhu,,.. just for fun~


Hide all

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys