Nampaknya macam iPad dikecilkan sikit je, macam galaxy tab 7.
![]() |
| senang ke nak pegang macam dalam ilustrasi dari Apple ni?? |
fulfilled your life with thankfulness
Sebagai menyempurnakan janji-janji lepas mengenai review blog daripada contestant Saya Suka Jonker Walk Contest, maka dengan ini terhasillah satu review blog untuk pemenang pertama, iaitu, encik hairie daripada http://mohdkhairi.com . .
Garis panduan asas yang anda perlu ambil perhatian apabila membeli seluar pendek lelaki adalah untuk mencari sesuatu yang sesuai dengan anda..
Bermulalah perbincangan hot and cold pasal handphone, antara subjek yang termasuk dalam perbincangan ini adalah : Blackberry, iPhone, 3310, Nokia C5-03, Nokia C6-01, Android phone, dan juga PUBLIC PHONE!..
Hai semua, kali ini Wan nak berkongsi sedikit pasal apa itu android. Android ini sekarang semakin menjadi perhatian pada penggemar gadget, termasuk la, wan sekali,, hehe, tapi masih lagi ramai yang agak blur, android? apekah?..
Entry ini khas untuk kawan lamaku Lynda Roslan, dikenali di UiTM Sri Iskandar, Perak, dalam Diploma in Landscape Architecture (2006-2009). ..
![]() |
| senang ke nak pegang macam dalam ilustrasi dari Apple ni?? |
"Today, Samsung and Google unveil the world's first Ice Cream Sandwich phone."
SAMSUNG mengorak lagi selangkah kehadapan dengan terlancarnya SAMSUNG Galaxy Nexus yang menggunakan sistem Android version 4.0 – Ice Cream Sandwich yang terbaru!
Baru saja di lancarkan secara rasmi di Hong Kong dan mungkin akan ke pasaran Asia pada bulan November ini.
Spesifikasi yang ditawarkan :
Keistimewaan yang menarik perhatian adalah ANDROID BEAM – NFC based , hanya menyentuh dua hp, dan bam, sudah boleh bertukar maklumat !
Dan juga jangan risau tentang bil melambung-lambung yang dihadapi pengguna android terutamanya yang pertama kali menggunakan smart phone ini, kerana sudah ada aplikasi untuk memantau data yang telah digunakan dan juga boleh melimitkan penggunaan data.
Kesimpulannya SAMSUNG Galaxy Nexus adalah gadget yang complete dengan leisure and work-kamera, video, entertainment, officework, people, FAST!
akhir kata : "When Samsung says fast we don't just mean fast compared to last year's versions." It's a 1.2GHz processor "that flies" and "ultra-smooth" multi-tasking.
Sumber : Engadget
SAN FRANCISCO – Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.
Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru – iPhone 5 – seperti yang dinanti-nantikan.
sumber : mynewshub
IPhone 4S mengekalkan bentuk seperti iPhone 4 dengan perubahan besar pada internal. IPhone 4S yang baru akan berbangga dengan cip A5 Apple yang baru dan 1 GB RAM, menandakan ini iphone yang pertama dengan pemproses dual core dan grafik dual-core. ( Samsung galaxy S 2 dah lama dah keluar! )
Juga didatang kan dengan fungsi kamera 8 mp dan 1080p video recording, ermm.. hahah.
p/s : Samsung galaxy S 2 saje lah! tak payah nak jailbreak2 bagai! ahha –(pendapat sendiri)
Android OS kini semakin mengalahkan iOS dari Apple! Jadi pertama sekali perkara yang selalu wan nak cakap adalah –'”lupakanlah angan-angan nak beli iPhone ke Blackberry ke, untuk apa?”.
You should go for android!
Dah ternyata tajuk mengutarakan 2 perkara utama daripada Android yang digunakan oleh banyak pilihan jenama dan juga iOS daripada iPhone, jadi kita lupakan RIM dari Blackberry. Symbian dari Nokia?-perlu ke mention lagi sekarang ni? ops. ….
Mengikut sumber kajian comScore mengenai sistem pengendalian (OS) dan pengeluar utama di Amerika Syarikat, Android telah mengatasi iOS. Kajian ini adalah daripada bulan Februari hingga Mei tahun 2011 dan daripada umur pengguna 13 tahun ke atas!
Pengeluar utama pula didahului oleh SAMSUNG dan juga jangan terkejut jika APPLE jatuh di tangga ke-4. Samsung yang semakin banyak mengeluarkan model-model yang hebat dengan OS android kini menjadi pilihan ramai.
Diikuti dengan LG, Motorola kemudian Apple yang digemari ramai rakyat Malaysia ni… juga RIM iaitu Blackberry yang selalu didamba-damba juga. Nokia? sekali lagi nak ingatkan, lupakan saja nokia…. tiada apa keistimewaan.
Jadi sudah terbukti Android kini meningkat dengan jayanya dikalangan pengguna yang bijak memilih. Kita boleh jumpa banyak jenis gadget yang disediakan oleh banyak pengeluar menggunakan platform android. Jadi usahlah bermimpi lagi, dapatkanlah gadget Android pilihan anda mengikut jenama yang disukai dan berbaloi untuk dimiliki serendah hanya lingkungan RM500++.
Masih tak tahu Apa Itu Android? Klik Sini
Sumber : GSM arena dan Google
p/s : bukan nak menghasut tapi memberi nasihat :-) peace \0/
Samsung Galaxy 2 : Superb Android in Town!
Kemunculan Samsung Galaxy S 2 (GS2) yang dijana dengan Android 2.3.3-Gingerbread sangat ditunggu-tunggu oleh penggemar gadget seluruh Malaysia ini, SGS2 adalah upgrade version yang lebih baik dari Galaxy S sebelum ini hampir setiap aspek. Dari pemproses dual-core, untuk paparan yang lebih besar, unggul, GS2 adalah alat yang menakjubkan yang akan mencipta sejarah dalam rangkaian Android. Mari kita mulakan dengan Video iPhone 4 vs Samsung Galaxy S 2 :
Dilengkapi dengan paparan Samsung Super AMOLED Plus, paparan GS2 tajam dan jelas. Ketepuan warna yang cantik, dan berfungsi dengan baik dalam cahaya matahari langsung. Paparan skrin bersaiz 4,3 inci lebih mudah untuk dikendalikan dengan ketebalan hanya 8.49mm, tetapi masih mengekalkan benjolan signature Galaxy S di bahagian bawah.
Ciri fizikal seperti earpiece di bahagian atas, seperti yang anda harapkan, serta kamera depan 2 megapiksel, sensor cahaya ambien di bahagian atas, dan logo Samsung di atas. Di sebelah kiri dilengkapi pelaras volume, post caj di bawah, tetapi tiada butang khas untuk kamera.
Bahagian belakang GS2 tidak lagi menggunakan plastik hitam kilat yang menampakkan cap jari seperti Galaxy S, tetapi menggunakan lapisan bertekstur yang masih sangat sekeping plastik yang rapuh, tetapi peranti ini masih terasa seperti produk premium! Belakang telefon bimbit diisi dengan kamera 8 megapiksel dengan flash LED tunggal, logo Samsung, dan pembesar suara kecil di sebelah kanan bawah dari bonggol.
Akhirnya, ia bagus untuk melihat telefon bimbit yang menyokong WiFi N dan sebenarnya boleh mengambil kesempatan dengan band 5GHz. G2X, iPhone 4, dan lain-lain yang menyokong WiFi N hanya boleh menggunakan jalur 2.4GHz, tetapi Samsung entah bagaimana dapat mengatasi untuk radio tambahan, dan tidak memikirkan saiz dalam berbuat demikian.
Dah beli Android smart phone? tapi tak tahu nak download application dari android market?
Rugi rasanya kalau tak explore Android market jika dah ada Android phone. Lebih 100 ribu application yang boleh didapatkan secara percuma, hanya memerlukan sambungan internet sahaja.
Mari tengok macam mana.
Angry Bird adalah salah satu game yang top boleh didapati secara percuma di Android Market
Application? Apa itu application? Macam function dalam handphone la, boleh tambah-tambah lagi? suka tak? Games ada, software ada. Cakap saja nak cari apa, boleh cari dalam android market.Tak macam Nokia, Symbian,.. banyak bezanya.
1st sekali mesti ada connection wifi atau internet. Buka android market, jika belum register gmail, sila register, dan boleh terus digunakan, pilih application, games atau search sendiri apa yang anda cari.
Contoh kali ini wan pilih Aplication> pilih all application. Ataupun kategori lain untuk lebih spesifik.
Yang penting pilih Top Free, sebab baru-baru ini android market Malaysia sudah ditambah dengan Top Paid. Kali ini nak bagi contoh app : FACEBOOK for Android – application inilah yang wan selalu guna bila update status Fb ada via android . (hehe-SEO saje)
Akan keluar seperti ini, dan klik install. Seterusnya klik OK.
Tak nampak Download Notification? Tarik status bar diatas dan anda akan nampak status download bagi application tadi. Download banyak apps satu masa pun tak jadi masalah.
Succesfully Installed akan keluar jika apps sudah berjaya didownload! Sekarang untuk gunakan klik saja disitu.
DONE! senang kan? dah boleh pakai, ada sesetengah apps yang kena klik terms and condition dulu jadi, jangan matikan dulu internet sebelum membuka apps yang baru diinstall.
Contoh adalah : CSL Droidpad Mi700
P/s : Sorry grafik tak cantik, dah nak balik kerja tetibe teringat nak buat entry ini, ambil gambar guna handphone je.
Kali ni wan nak berkongsi info mengenai satu tablet daripada CSL. Mi700, adalah sebuah android tablet bersaiz 7 inci lebar yang menggunakan platform android ver 2.2 Froyo.
CSL adalah sebuah jenama daripada Malaysia! bukan China ya, jadi berbanggalah sebagai rakyat Malaysia sebab Malaysia dah boleh buat tablet sendiri, 1st sekali mesti korang ingat ini adalah tiruan semata-mata daripada iPad kan?
Banyak juga perbezaan android tablet ini dengan iPad, yang utamanya ialah Mi700 ini boleh membuat panggilan keluar, kelemahannya adalah tiada memori dalaman yang tersedia seperti iPad, tetapi boleh diatasi dengan memasukkan memori kad sehingga 32 GB. Lagi satu yang penting dan harus dipandang hebat adalah application yang disediakan beribu-ribu itu adalah percuma sahaja! Boleh download di android market.
Seperti basic handphone , korang boleh call, mesej, main game, touch screen lagi! Tambahan lagi korang boleh edit kerja-kerja dalam microsoft office, baca e-book, gunakan sebagai GPS, kamera, banyak lagilah.
Untuk spesifikasi yang lain boleh klik sini.
Dengan populariti android tablet yang semakin meningkat, DIGI telah pun menyediakan plan untuk 2 tablet android, salah satunya ialah CSL Mi700 ini, dan pilihan lain adalah Samsung Galaxy tab.
Dahulunya DIGI telah memulakan dengan harga RM799 untuk kontrak selama 2 tahun, dan sekarang baru diupdate, hanya RM699 sahaja!
p/s : series best online twitter, website, youtube! i’ve tried!Kalau dah pakai smartphone macam ni baik ambil kontrak je ye kalau tak reti gune, err ,. opss
Update terbaru : 12 Jun 2011 - dapatkan tablet ini dengan hanya RM999 tanpa kontrak di Pasaraya Tesco terpilih (kaunter telefon dan kamera-dalam tesco).

Sudah update pasal android semalam jadi hari ini baru boleh update pasal borak-borak dalam Sahabat Blogger pasal handphone lagi! hehe
Perbualan ini telah berlangsung pada 11 mac 2011 lepas. ( ada macam laporan tak? )
Melibatkan wan:Hazwan Mohd, Amal Anuar, Zulsyamin Suhaimi, Dato Ahmad Zaki Jinlapudin, ‘Atiqah Ibrahimovic, Redzuan Ridz, Fahmi Mahat, Hamizah Hasnan, Amirah Izzati, dan juga Panas Hati.
(semuanya mungkin nama sebenar atau tidak.. hehe)
Persoalannya adalah, apa bagusnya blackberry itu?
Bermulalah perbincangan hot and cold pasal handphone, antara subjek yang termasuk dalam perbincangan ini adalah : Blackberry, iPhone, 3310, Nokia C5-03, Nokia C6-01, Android phone, dan juga PUBLIC PHONE!
Ikuti perbualan : KLIK GAMBAR DI BAWAH
Sekian , Wan sekadar berkongsi pendapat, selebihnya terletak pada tangan korang sendiri untuk menggunakan handphone apa pun, yang penting ada kredit untuk balas mesej!! ops….okbai….


