2011/09/28

Wordless Wednesday #18

etweett

 

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

2011/09/14

Wordless Wednesday #17

 

eDSC_0770

 

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

2011/09/13

Nota : Kawan Yang Baik

best-friends

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

best_friends_2

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Sumber : Kawan baik. Terima Kasih.





2011/09/07

Wordless Wednesday #16

 

eeDSC_0719

 

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

2011/09/02

Melayu dan Hari Raya

Salam lebaran semua! Mesti ada yang masih dalam mood raya lagi, baru 4 hari kan!

Kali ini nak story sikit la pendapat yang lahir dari hati yang suci ini!... Err..

Setiap kali nak tibanya raya, korang mesti teringinkan sesuatu yang baru, paling tidak pun sehelai baju baru. Tak kurang juga golongan mak-mak mendambakan perabot baru, tv baru, gelang bling2 baru, sofa, almari, handbag, telekung. Ops... Bagi yang berkemampuan bolehlah mendapatkan apa yang didambakan dengan sekelip mata saja, bagi yang kurang berkemampuan?

Tak sedih ke korang bile korang bersofa baru, tv baru, baju baru even henfon baru -ehem- sedangkan kawan atau orang terdekat yang kurang berkemampuan hanya mampu tersenyum untuk berkongsi kegembiraan itu, walaupun hanya melihat sudah cukup untuk mereka gembira, untuk memilikinya jauh sekali.... Tapi kalau dah berkemampuan apa salahnya kan, tapi biarlah berpada-pada hendaknya...

Lagi satu masa raya lah masanya untuk ziarah-menziarahi ke rumah saudara mara, sahabat handai segala. Hari raya je ke? Sah-sah la bila jumpa setahun sekali, soalan pertama yang akan naik carta adalah mengenai diri sendiri: dah kahwin ke? Dah beranak ke? Tak sambung belaja ke? (macamkenal.jesoalanni!) Setahun sekali je kan kau tanya pasal orang lain! Hadapjelah!...

Dan yang semakin hot sekarang ini adalah mata dan tumpuan yang hilang di keramaian beramah mesra, hanya tertumpu pada gadget-gadget canggih manggih yang dimiliki! Sedang kita bahagia berborak tuptap2, dah la setahun sekali je jumpa kan! Kau pulak layan gadget kau je, dah nak balik baru kau buat tanya soalan2 cepumas tadi, (macamlah.aku.takde.gadgetkan!)..

Lastly nak pinjam words dari seseorang : tak payahlah nak.mengharap berlawan-lawan ziarah, orang dah datang rumah kita itu bersyukurlah!... Kann!...

Sekian pendapat ikhlas 70% ditapis dari insan yang bernama Hazwan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys