2011/01/07

Jenis-jenis Mengumpat Yang Dibenarkan



JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :


Sebagaimana kita semua maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:


(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.


(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.


(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.


(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.


(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.


(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.


sumber : blog







2010/12/31

Goodbye 2010, Welcome 2011


Rasa macam sekejap je masa berlalu tahun ni, tapi macam-macam yang dah aku lalui..
Awal tahun 2010 lepas adalah tahun yang membuatkan aku belajar banyak benda lepas habis diploma from UiTM Perak, hujung tahun 2009 habis. Dengan confident nye tak apply degree pun, dengan harapan nak bekerja dulu, hehe, awal-awal dah kena tipu dengan si kel** bod**, geram aku, keje sebulan kat Melaka pastu kena pergi KL, then pergi Kedah pulak, pastu baru lah tahu perangai si bos bod** tu macam mane, rupanya dia makan harta kita je, gaji masing2 lambat dapat pastu ciput plak tu, tak munasabah btol gaji die, at last kitorang satu group ambik decision untuk berhenti terus, dengan leader2 sekali berhenti time tu, wahaha, padan muka die, sementara kitorang nak berhenti tu ada budak baru sorang masuk, siap budak tu kena hasut berhenti, haha, berhenti terus dia, padan muke si bod** tu…

Then berhenti kerja balik Melaka semula, pastu kerja biase-biase je kat kedai ala2 industri kampong, gtew, huhu, pastu kawan aku ajak kerja dekat KL, jadi telemarketing, tak sampai sebulan kerja aku dah tension, so apa lagi, lepas dapat gaji, aku blah terus je, huhu, pastu duk rumah je, sampai lah dapat kerja yang sekarang ni, start daripada bulan julai lepas, sampai sekarang, aku pun tak sangka boleh bertahan lama macam ni, hehe, maybe aku dah selesa dengan kerja ni, dalam field marketing jugak, buat sales handphone dan kamera, hari-hari mengadap kamera dan handphone. Sampai benda baru je, kita yang dapat tengok dulu kan, mesti la best, lagi satu kerja ni tak de lah strict sangat, just kena confident dan buat sales dengan benda2 yang kita pegang hari2 kan,.. he

Lagi satu yang mengecewakan adalah kehilangan domain mesmerising1.com, kerana tak bayar, haha, time tu gile tengah pokai, 30 ringgit pun susah nak keluar, nak wat cam ne, dah tak ada jodoh berpanjangan dengan domain tu, tak apalah lainkale je aku beli domain lagi.

Sebenarnya ada satu contest yang dah lama aku nak buat tapi aku tak tahu nak bagi hadiah apa, sape rasa macam nak suggest hadiah apa boleh la post comment, he,..

Goodbye 2010~ Welcome 2011~





2010/12/12

Katakan TAK NAK !!







ini dia poster-poster anti rokok dari seluruh dunia, lets see
(sudah di edit campur-campur sekali)

2010/06/18

Hijau Itu Indah (Nature Lover)

Dikala cuti-cuti Malaysia ni, aku pun dah membelek-belek koleksi gambar lama-lama untuk di paparkan, he. Kali ini bertemakan Hijau Alam, as we know, tumbuhan menghijau itu banyak fungsinya kepada dunia, udara dan akhirnya manusia.
Jadi, marilah menghargai, mewarisi, member kehidupan kepada alam yang menghijau ini untuk kebaikan bersama! Yep…







2010/06/15

Waka Waka eh eh!! This Time for Africa




Nak tahu pasal Worl Cup sikit-sikit:
-empat tahun sekali
-lebih 160 team lawan dalam qualification
-lagi ade kat wikipedia~~ hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys