2011/04/21

Review Handphone : CSL Droidpad Mi700

entry231

Kali ni wan nak berkongsi info mengenai satu tablet daripada CSL. Mi700, adalah sebuah android tablet bersaiz 7 inci lebar yang menggunakan platform android ver 2.2 Froyo.

CSL adalah sebuah jenama daripada Malaysia! bukan China ya, jadi berbanggalah sebagai rakyat Malaysia sebab Malaysia dah boleh buat tablet sendiri, 1st sekali mesti korang ingat ini adalah tiruan semata-mata daripada iPad kan?

Banyak juga perbezaan android tablet ini dengan iPad, yang utamanya ialah Mi700 ini boleh membuat panggilan keluar, kelemahannya adalah tiada memori dalaman yang tersedia seperti iPad, tetapi boleh diatasi dengan memasukkan memori kad sehingga 32 GB. Lagi satu yang penting dan harus dipandang hebat adalah application yang disediakan beribu-ribu itu adalah percuma sahaja! Boleh download di android market.

Seperti basic handphone , korang boleh call, mesej, main game, touch screen lagi! Tambahan lagi korang boleh edit kerja-kerja dalam microsoft office, baca e-book, gunakan sebagai GPS, kamera, banyak lagilah.

Untuk spesifikasi yang lain boleh klik sini.

entry234
entry233

Dengan populariti android tablet yang semakin meningkat, DIGI telah pun menyediakan plan untuk 2 tablet android, salah satunya ialah CSL Mi700 ini, dan pilihan lain adalah Samsung Galaxy tab.

entry235

Dahulunya DIGI telah memulakan dengan harga RM799 untuk kontrak selama 2 tahun, dan sekarang baru diupdate, hanya RM699 sahaja!

entry23rr1

p/s : series best online twitter, website, youtube! i’ve tried!Kalau dah pakai smartphone macam ni baik ambil kontrak je ye kalau tak reti gune, err ,. opss


Update terbaru : 12 Jun 2011 - dapatkan tablet ini dengan hanya RM999 tanpa kontrak di Pasaraya Tesco terpilih (kaunter telefon dan kamera-dalam tesco).




2011/04/19

Post Pertama Menggunakan Blogger-droid

Blogger-droid? apekah kan? ia adalah sejenis application yang disediakan percuma saja dalam android market.

Jadi pengguna android phone macam aku ini boleh la download dengan bahagianya. Sebenarnya baru je download ni so nak try la satu post kan! hehe..

Update dari handphone! wu senang je. Macam taip mesej je, tapi lagi khusyuk la, series!

Sebenarnya dah 4 hari tak buka blog ni sebab 4 hari itulah berada di batu pahat sebab kerja. Tak bawa laptop so tak boleh bukak, bila jumpa tempat ada wifi, asek wifi prob, bile da ok, bateri hp pulak weak! huh sabar2, ada lagi ni bile daa sampai rumah malam isnin tu broadband pulak tinggal dalam kereta kawan! oh no! memang jodoh tak de dengan blog ni 4 hari tu!

Jadi hari ni kerja petang dan ambil sekali beg yang berisi broadband yang bertuah tu! Seterusnya online guna hp dan buka blog!

Lepas tu teringat dengan app ni yang dibaca dalam blog siapa ye yang bertuah tu??

Lagi satu gambar kat atas tu macam tak leh susun ikut tempat yang kuta nak ke? hu..

ok done! "lame awak taip mesej!, masalah besar ke?" haha - rekaan semata-mata!

p/s : jom guna android!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

2011/04/14

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan

5606539145_be7bed1e92_b

Pertama sekali nak cakap tak suka minggu-minggu orientasi ni! haha! Bosanlah asek nak kenalkan nama je, kalau sekali dua je takpe, ni setiap kali modul ke program ke, seberapa banyak kali tu la perlu kenalkan diri dari a-z! Tapi yang ni lain sikit sebab tak payah nak bercakap, taip je. So suke lettew!

UBM

Nama anda dan nama blog anda.

Nama diberi Hazwan Najib’mullah Bin Mohd, menggunakan nama mesmerising_wan / mesmerising1 dan sekarang ingin dikenali dengan nama baru iaitu : hazwan mohd, simple dan tiada kontroversi lagi!… boleh tak? Korang boleh panggil saya wan!

Blog saya masih mencari-cari tajuk yang boleh diingati semua makhluk dalam dunia ni, jadi sekarang hanya menggunakan wan’s official blog.

Sejak bila mula berblog.

Mula berblogging pada seperti yang tertera pada blogger profile adalah since OCTOBER 2008 lagi.

Menggunakan platform blogger pada mulanya dan berhijrah ke wordpress pada 2009-2010 dengan menggunakan domain sendiri.

Kembali semula kepangkal jalan iaitu blogger kerana domain yang expired setahun tak renew, ada masalah sikit masa tu, sebab tu kalau korang perasan kat archive tu 2010 posting ada 6 entry sahaja, kerana selebihnya ada didalam blog wordpress itu yang hanyut bersama domain ku itu…… sob sob,… seterusnya mulai aktif semula pada awal 2011 setelah mempunyai broadband sendiri! hoho,.

Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.

Setelah aku kembali aktif dalam blogging ni aku telah join Sahabat blogger dan group-group lain dalam facebook dan dari situ aku tahu berapa ramainya blogger di malaysia ini yang tak terkira dan hebat-hebat mengeluarkan idea dan pendapat untuk dikongsi bersama.

Mulai blog walking dan perbincangan dalam group kita juga dapat updatekan diri sendiri dengan info semasa dan ilmu yang tidak mungkin dipelajari dengan sendirinya.

Juga melalui gathering, forum-forum, kupasan dalam majalah, interview didalam tv dan juga terbaru vlog yang diadakan blogger-blogger semakin matang dalam mengeluarkan idea, dan berkongsi pendapat, juga mengeratkan lagi dan membesarkan rangkaian dunia blog di malaysia ini, pinjam kata-kata SAHABAT BLOGGER – WE ARE NOW UNITED!

Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

IPTM ini buat aku terkejut je! (heart attack!) haha, ley? bagi aku IPTM ini mendatangkan kebaikan buat kita semua dan meluaskan lagi rangkaian dunia blog dan blogger.

Kita juga dapat berkongsi idea dari pelbagai aspek, tak kira apa pun kita nak kongsi boleh dikongsi bersama, tiada paksaan dan tiada batasan, dimana-mana saja anda berada. (tak macam pergi kuliah kena pakai skema~ erk)…

Dan sekarang blog yang wajib dikunjungi bertambah lagi seperti sebelum ini, semakin hari semakin bertambah, tak kira lah kita ni blogger newbie atau lama, atau suam-suam kuku je, teruskanlah dengan blog anda, jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalan bila stop berblogging!… Once Broken Consider Sold, Once Blogging, Consider Till Old!! (pantun kerr??)

konv4tetap nak letak gambar konvo dengan Farid Kamil! haha, jeles lettew!

Sekian dari wan, salam kenalan semua!




Header Design : Mood Kembali Lagi!

Semalam hari cuti aku! Jadi telah tergerak hati untuk menunaikan janji-janji! Janji ape?

Design header dan juga template untuk hairie, deqdeq dan diri sendiri..

Disebabkan line broadband yang tengah laju, dan juga mood yang agak gembira, jadi seharian menghadap Adobe photoshop, untuk hairie dari jam 12 tengahari hingga 3 petang dah siap edit template dan header beliau:

Header kery cerulean-tada!!- santek tak!!?? <-tanda seru!

kery1 Ini pula template yang dah siap. DONE!


Seterusnya, tetibe rasa macam jeles tahap -apekah menda tu- pulak dengan blog hairie, jadi aku pun buat satu untuk diri sendiri! : merah membara semangat waja!!! yeah yeah!

outer-wrappeannrwoot woot! Bila nak pasang header ngan template baru neyh? malam nanti lah kot… nak rehatkan badan dulu, baru balik kerja.

Teruja dengan 3D text diatas??? mahukan tutorial?? ( bajet pro! haha, senang je! )

p/s : klik lah gambar kalau rabun tu ye!




2011/04/13

Review Blog : Hairie Cerulean - mohdkhairi.com

Sebagai menyempurnakan janji-janji lepas mengenai review blog daripada contestant Saya Suka Jonker Walk Contest, maka dengan ini terhasillah satu review blog untuk pemenang pertama, iaitu, encik hairie daripada http://mohdkhairi.com .

kery1

Sudah lama nak buat review tapi tunggu je sampai beliau nak tukar template dan header baru, sebab boleh join sekali dengan post header dan template yang wan dah design untuk beliau ye..

Kat atas tu blog sekarang yang dah berwajah baru, biru-biru lagi! Suka tak? hee

Kat bawah ni template lama, dari start blogging dulu betul tak khairi?

tmplte lame

Nak buka balik story-mory lama dulu pasal hairie, beliau merupakan kawan seangkatan daripada UiTM perak lagi, buat blog masa diploma dulu, antara kawanku yang terawal ada blog, ke? ahaks!.. sekarang sedang meneruskan Ijazah dalam bidang yang sama, iaitu Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian). (wan tak sambung ye, harap maklum).

Beliau juga berasal dari sebuah pekan kecil Parit Sulong, seperti ditulis dalam profile nye. Blog beliau yang menggunakan domain sendiri ini banyak meceritakan mengenai kehidupan seharian dan info mengenai Landskap, Johor negeri kelahiran, isu semasa dan isu blog, juga sedang aktif menyertai contest daripada blogger lain.

Penulisan yang agak panjang, penuh dengan isi dan pendapat yang mendalam mengenai sesuatu isu, entry pun dah semakin sentiasa update ye, kalah wan! he.

Sekian, untuk encik hairie, semoga berjaya dalam bidang landskap dan terus aktif blogging hendaknya dan memeriahkan lagi dunia blog, dan landskap!

P/s: daripada beliau lah aku kenal Aslann As tu! (member rupanya)

Sekarang Aslann dah makin femes nampaknya ye, nak tumpang glamor la, sebab tu letak nama dia.

konv3

Malas nak cari gambar-gambar time diploma dulu, dah burn dalam dvd semuanya, hanya dapat gambar ni saja, masa konvo lepas, konvo dengan Farid Kamil tu! yeah!

Baru perasan dalam gambar ni semua dah ada blog kecuali yang baju hijau kat depan tu!

Dari kiri, Shahrul, Lady Leaya, Mohd Khairi, Wann, Arepeaz, Lee

Time ni yang betul-betul konvo adalah wan dan shahrul je, yang dah konvo leaya, khairi, dan lee, yang selepas itu, ops… intake sama konvo lain2, erk, paham-paham jela…




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys