2011/05/18

Berekreasi di Nilai Spring Resort

Sudah lama tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak ni, kali ni dapat join satu trip ni, mula-mula tak nak pergi, tetapi last minute baru jadi pergi! 10 dan 11 hb May lepas.

Trip ini dinamakan Think Like a Champion , dan tempat yang menarik, tetapi rasa macam sedikit ekslusif, tak pelah, nasib baik free je, he, company trip la katekan, tapi bukan semua dapat pergi. (ehemm) … lagi seronok kalau semua dapat join kan. Ada dalam 40 orang je, daripada beratus-ratus partner yang ada di seluruh outlet di malaysia ni, ratus kot… he. 40 orang ni dibahagikan kepada 2 group dalam aktiviti untuk camp ini.



Camp diadakan di Nilai Spring Resort, Nilai, first time aku dengar nama ni, walaupun duk sebelah je, melaka! 1st time tengok tempat ni sangat simple dengan kawasan untuk aktiviti boleh ukur sendiri! haha

Tapi lepas jumpa trainer dan peraturan-peraturan dia, they make it complicated!

nilai-welcome

Ada 5 aktiviti, dalam dua hari trip ini, semuanya berasaskan Team Building- kerjasama, kepercayaan, tolak ansur, semua yang berkaitan dengan satu organisasi lah. 1st day, spider web, dynamic obstacle dan malamnya treasure hunt.

SAM_2316 Treasure hunt malam-malam ni, kena lah pakai lampu suluh kan! misi : mencari gambar yang tersembunyi pada lokasi-lokasi yang telah diberi.

nilai2

Contohnya macam ni, dah la gelap malam nak cari satu-satu pokok pulak! aiyo, menguji stamina betul malam-malam berpeluh habis semua! haha.

nilai5Tak cukup dengan berpeluh-peluh tadi ada lagi satu aktiviti- Talent Show! ahah, dua group ni kena bersaing siapa lagi kreatif menari lagu Nobody-Wondergirls!

Hari kedua pula, dua aktiviti lagi, pagi-pagi kena buat Flying fox!! no! Memang la benda ni aku sangat teringin nak buat dari dulu, tapi oh no, pagi lagi! he. Ditambah dengan High Rope sebelum sampai tempat flying fox tu.

nilai17 Sebelum sampai ke flying fox! kena lalu tempat ni!

nilai7

nilai12 Done! Flying Fox! fuhhh…aku yang dihujung baru abes tu! percayelah!

nilai10 Ini aktiviti last sekali, Mine Field, kena guna kayu-kayu yang disediakan untuk sampai ke destinasi melalui tayar-tayar yang telah ditetapkan lokasi dia!.. yang ni pun menguji minda ni, kalau kayu tu tak cukup panjang, so kena sambung kayu, tapi tak boleh kena tanah!

nilai1 Goodbye Nilai Spring Resort!…. Thanx to trainer! Thanx to I-gate Team!~ Thanx to Bos! aha.. Such a simple trip, yet it memorable for us! team building very important! win win victory!! (my group)..


p/s: gambar tak banyak sebab susah nak bawak kamera, hp pun tak pegang, semua fokus wat aktiviti ni! best!



2011/05/17

Girang si Rama-rama

Nak share pic rama-rama yang wan jumpa di rumah, melaka, then jumpa pattern yang sama di perak!

yaw!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

ni jumpa kat melaka, belakang rumah.


ePA180033

ePA180042

ePA180020

ePA180014

ni kat perak, belakang rumah jugak!

p/s : rumah family di melaka, dan study di perak (uitm).

2011/05/04

Inilah Android ku sayang~

 

np1

Tak habis-habis dengan android die, die pakai ke android?? ahaha..

Of coz la wan ada android ye! tu die, baru je beli cover belakang apa nama ntah, ngan tali tu-untuk pegang elak jatuh!  jatuh menanges!!!

Apa yang menarik perhatian pada handphone ini adalah kamera dia yang 8 MP tu dan juga rakaman HD video.

 

np2

 

np3 

Dan juga yang penting sekali adalah : game! ahaha, download lah sebanyak mana pun, tapi tak leh gak, kena upgrade dulu jadi version 2.2, sekarang ni 2.1 je, so install application dalam internal memory je,

kalau nak install dalam memori kad kena pakai android 2.2 keatas la, tak kisah pun~ ahah

Boleh je upgrade – ada je cara-cara kalau pandai search- tapi tunggu dulu la~ heeee

 

np4

 

Lagi satu senang nak manage kehidupan yang sangat bz ni (ehem) dengan adanya shortcut-shortcut kat skrin. Nak lagi senang groupkan je macam wan buat-contact-extra-internet-games!

 

huy 

Bila lah nak wat review betul-betul pasal hp sendiri ni? !

Done, actually nak tunjuk cover tu je, ko ade? erk… okbai…

p/s: dah xde idea nak update blog.




2011/04/27

Tutorial Ringkas : Design 3D Text (II)

Dah cuba buat 3D text daripada entry sebelum ini? Kali ini nak mewarnakan pula text yang dah siap tu. Caranya menggunakan adobe photoshop. Korang boleh pilih warna apa yang korang nak, kalau nak lagi tone effect buatlah warna gradient, macam wan selalu buat ni :


3d text1


1st sekali buka dari file JPEG daripada sketch up yang telah di export seperti dalam tutorial sebelum ini.

Pilih Lasso tool dan pilih satu huruf, demi satu huruf. Tujuan ini adalah untuk mengasingkan dan senang untuk diubah-ubah lokasi setiap huruf.

3d text2

Kemudian pilih Duplicate Layer atau shortcut nya tekan je : ctrl + J . Buat macam ni untuk setiap huruf.

3d text3

Kemudian pilih satu huruf dan pilih Magic Wand Tool dan klik pada bahagian dalam huruf tersebut, untuk diwarnakan.

3d text4


Kemudian pilih warna yang dikehendaki kat bawah tu, pilih paint bucket tool atau gradient tool, kalau nak effect tone, pilih gradient tool, 2 warna telah dipilih seperti dalam contoh ni.

3d text5


Kemudian tarik di bahagian dalam untuk mewarnakannya, tone boleh ikut suka korang je, he.

3d text6

Siapkan semua huruf dan kalau nak lagi timbul, pilih la Drop Shadow , bagi gelap-gelap pun takpe. Lagi timbul dan cantik, kalau lagi rajin, tepi-tepi huruf pun boleh diwarnakan ikut kesesuaian. Contoh ini sangat lah simple je, korang mesti lagi kreatif kan!

Lepas ni dah boleh masukkan dalam header!

Suka tak? suka tak? he



2011/04/26

Tutorial Ringkas : Design 3D Text

 

entry3dfffm1

 

Ahah! Kali ni jom ramai-ramai tengok macam mana nak buat 3D text macam header wan sekarang!

Mungkin ramai yang dah tahu sekacang mana benda ni, tapi tak pe, ni untuk sape-sape yang tak tahu lagi, 1st sekali kena la download google sketch up, sebab 3D text ni menggunakan program google sketch up. Nak download search je kat google, download google sketch up.

 

Pertama sekali buka Sketch up, pergi kat TOOLS pastu klik 3D TEXT.

 

entry3d1

 

Akan keluar satu box, taiplah text, kalau nak senang edit jarak-jarakkan satu persatu ye.

 

entrynu1

 

Edit la font, align : left, height : 0.25m, extruded : 0.07m > contoh saja. Lepas tu klik place.

 

entrynu2

Kalau view jadi macam ni so pilih ORBIT lepas tu pusing ikut angle yang korang nak.

 

entrynu3

  Dah puas hati dengan angle seterusnya nak save text ni jadi picture file.

 

entrynu4

 

Pilih FILE, lepas tu EXPORT, ke 2D GRAPHIC, dan klik export.

 

entrynu5

 

Done!  dah siap!

 

entry3dm2

Senang tak? hehe.. simple je, korang boleh pilih font yang korang suke, angle mane yang korang nak, kalau rajin lagi edit la satu-satu huruf tu, nanti senang nak edit dalam photoshop pula.

 

Seterusnya 3D text ni boleh diedit dalam photoshop ye, tutorial untuk photoshop akan bersambung nanti!

 

p/s : entry ni tak banyak warna! bosan tak? name pun ringkas kan! hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys