2008/08/24

Melaka Bandaraya Warisan Dunia



UNESCO telah pun iktiraf Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan badan dunia terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu. Pengiktirafan ini sudah tentu mengembirakan semua pihak kerana ia akan meletakkan nama Melaka dan Malaysia dalam senarai peta dunia sebagai Bandaraya Warisan Dunia, setanding dengan bandaraya lain di seluruh dunia.
Pengiktirafan ini meletakkan negara kita setanding dengan bandaraya warisan dunia yang lain. Tahniah juga diucapkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kerajaan Negeri, PERZIM, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan semua pihak yang bekerja kuat bagi mendapat pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini akan dipantau oleh UNESCO kerana Melaka akan menjadi tumpuan pelancong dan pakar-pakar penyelidik pembangunan Bandaraya Warisan Dunia.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys