SAN FRANCISCO – Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.
Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru – iPhone 5 – seperti yang dinanti-nantikan.
sumber : mynewshub
IPhone 4S mengekalkan bentuk seperti iPhone 4 dengan perubahan besar pada internal. IPhone 4S yang baru akan berbangga dengan cip A5 Apple yang baru dan 1 GB RAM, menandakan ini iphone yang pertama dengan pemproses dual core dan grafik dual-core. ( Samsung galaxy S 2 dah lama dah keluar! )
Juga didatang kan dengan fungsi kamera 8 mp dan 1080p video recording, ermm.. hahah.
p/s : Samsung galaxy S 2 saje lah! tak payah nak jailbreak2 bagai! ahha –(pendapat sendiri)
2 comments:
belikan satuuu . nak yang white ehh . =p
btl2!! nk iphone 5! yg nie xnk... huhu
Post a Comment