Salam,
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas
pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan
Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki
melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang
semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang
anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi
sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join
sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan
energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan
setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat
menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada
tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan
segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang
dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
0 comments:
Post a Comment