2013/06/20

Perihal Solat Jumaat

 Assalamualaikum wbt....


Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. 
Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.


 
SEJARAH Solat Jumaat

Rasulullah SAW pertama kali mengerjakan solat jumaat semasa berada di Madinah.Dalam episod perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah,Rasulullah SAW telah singgah di kampung Amr Ibn 'Auf dan menetap di situ dari hari Isnin hingga Khamis.Selama 4 hari itu Rasulullah SAW bersma-sama dengan kaum Muslimin telah membina Masjid Quba.

Pada pagi Jumaat Rasulullah SAW pun meneruskan perjalanan menuju kota Madinah.Ketika masuk waktu solat Jumaat Rasulullah SAW telah sampai di kampung Bani Salim Ibn 'Auf.Baginda pun mengerjakan solat Jumaat di situ bersama dengan 40 orang jemaah dan di tapak itu di bina masjid yang dinamakan Masjid Jumaat.

 SYARAT WAJIB Solat Jumaat
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys