2011/02/09

Tukar Ipod Touch ke iPhone



Tahukah anda iPod touch boleh bertukar menjadi iPhone dengan Yosion Apple Peel 520?

Apple Peel 520 merupakan case untuk iPod touch (generasi 1, 2 & 3) yang meliputi slot GSM SIM-card dan bateri luaran, yang membolehkan anda untuk menggunakan iPod touch untuk menelefon dan SMS. Ternyata, beberapa programmer di China menciptakan ini di rumah dan sekarang telah tersebar meluas di internet. Jadi bagaimana peranti ini dalam dunia nyata?







Mereka telah pun mencuba Apple Peel 520 ini keatas G2 iPod touch yang menggunakan iOS 4.1.

Pertama sekali kenapa korang akan memilih cara ini adalah kosnya yang lebih murah dari iPhone yang sebenar, lagi-lagi kalau korang dah ada iPod Touch (ouh jealous!!), just pergi cari apple peel je yang lebih kurang dalam Rm200 (anggaran), dah dapat update status Facebook-'i dah pakai iPhone!' ... hehe

Tapi diorang kata macam ini pula selepas mencuba, "Yosion Apple Peel 520 did not work!" itu yang dikatakan oleh mereka, nak tahu kenapa?

Sebab utama, Apple peel 520 tidak serasi dengan semua rangkaian GSM. Dengan membeli benda tersebut, ada kemungkinan bahawa anda tak dapat menggunakannya. Bukan boleh try pun kan?...

Aplikasi yang sedikit mengarut. Bayangkan aplikasi iPhone untuk Telefon dan SMS, tetapi lebih lambat dan banyak mengarut. aplikasi Yosion's menggunakan ikon yang sama seperti pada Apple iPhone, tetapi diberi label berbeza. Telefon disebut Yosion dan Mesej sekarang YsSMS.

Apabila menerima panggilan pula, kalau anda bertuah akan ada ringtone yang keluar, kalau tak ada ringtone, terlepas la call tu begitu saja kalau tak perasan kan..

Banyak lagi masalah-masalah seperti voice yang perlahan bila telefon, mesej yang lambat keluar, lambat dan tidak selalu boleh dipercayai, kurangnya dokumentasi dan sokongan, Kebimbangan keselamatan produk, dan macam-macam lagilah..

Jadi kesimpulannya, nak iPhone yang murah belilah second hand, korang akan berterima kasih nanti (dia kata la!).

p/s : aku tak tahu kat Malaysia ni kat mana nak dapatkan benda alah ni, korang research sendiri ye, dah dapat share kat sini, hehe..

++iPod touch 8gb boleh didapati dengan harga RM829 (harga dalam mall tesco)


12 comments:

DiriKu said...

kenapa ada 2 like button??

mesmerising_wan said...

hehe

xpasan
thanx~

Miecyber said...

Teringin untuk memiliki iPad & iPhone...

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

yana said...

hahaha..xd koje..
sy ingin memiliki nye..
tp apa gne law ad tp sy xreti gne..haha..

Adzriel AB said...

hubby guna iphone..jadi tak nak sama..

http://adzriel.blogspot.com/2011/01/teringin-nak-blackberry8520.html

aNnE said...

dua2 layan je..haha

Adzriel AB said...

beli tak juga lagi ni..he..he..

logorithm said...

Hmmm... tak minat iPhone... :-)

Syafiq Rosli said...

wah..terbaik..:)

mesmerising_wan said...

untuk semua:
kalau rasa macam membazir, baik tak payah beli, baik beli hp android, yg murah2 pun ade,
lagi best.. macam2 boleh download..

sollehahn said...

china punya engineer mmg power ah...macam2 diorang buat...

tp kalau byk sgt problem, tak berbaloi kot....beli je iPhone clone (macam aku..hoho)....lagi berbaloi

mesmerising_wan said...

iphone clone? mcm mane kah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys