2011/07/26

R.I.P Amy Winehouse…

27-club-440

 

Penyanyi Amy Winehouse, yang ketagihan arak dan dadah  dibayangi bakat muziknya, ditemui mati di pangsapurinya di London. Dan beliau mati pada umur 27.

 

amy_winehouse

 

Winehouse yang bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan arak sejak beberapa tahun lalu ditemui mati kelmarin iaitu sebulan selepas dia terpaksa membatalkan keseluruhan konsert jelajah Eropahnya setelah menampilkan persembahan yang teruk di Serbia.

 

Terkenal kerana sikapnya yang pelik, penyanyi bersuara merdu dan pernah memenangi anugerah Grammy itu dipercayai mati akibat masalah ketagihan alkohol dan dadah yang teruk.

 

Satu sumber memberitahu majalah The People bahawa Winehouse dilihat membeli kokain, heroin, ekstasi dan ketamine dari seorang penjual pada Jumaat malam.

 

Winehouse dipercayai patah hati dan 'tidak dapat menenangkan diri' selepas ditinggalkan kekasihnya, Reg Traviss, 34, sebelum dia mendaftar masuk ke sebuah klinik permulihan pada bulan lalu.

 

Beliau mati pada umur 27 dan dikaitkan dengan the 27 club iaitu selebriti yang mati pada umur 27 iaitu Kurt Cobain, Janis Joplin, Jim Morrison, Jimi Hendrix.

 

R.I.P Amy Winehouse…..

 

Amy_Winehouse_858303

 

P/s : dulu penah dengar lagu die full album !! back to black!…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys