2011/03/21

Mari Berjalan di Alam Maya


Gambar autostitch daripada 3 atau 4 gambar yang berlainan angle. Tempat : Shah Alam, sebelah PKNS


entry232

Dataran Shah Alam, gambar autostich, so kereta tu agak misteri sikit!


Yeah! Tajuk posting yang agak skema –whatever- ! Apabila quota broadband ditengah bulan ini semakin merundum, Wan pun telah klik apa saja folder yang boleh diklik dalam laptop ni, sehinggalah terjumpa satu folder yang bertajuk seperti diatas!


Sebenarnya, entry ini dah lama nak dipublishkan, sejak 2009 lepas! ahaha, tetapi disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan sampailah sekarang baru tergerak nak post. Ini adalah hasil kerja Wan ketika final sem (bukan sem terakhir) Jan 2009-Mei 2009. Semester yang agak menguji kesabaran dan skill berdikari dan pengurusan masa yang efisien!


Semua ini dibuat menggunakan program Sketch Up daripada google, korang kalau nak try boleh la download, search je kat google, boleh download free je, benda ni simple je, tak la serabut sangat macam software-software high skill yang lain. Sekali dah guna mesti addicted punya!


Oh ya, bagi yang belum tahu, Wan adalah Alumni UiTM Seri Iskandar, Perak, Diploma Senibina Landskap, sekarang bekerja sebagai,… mahu lebih detail?, tanya di twitter!


Tajuk Projek : Proposed Urban Development at Shah Alam Town Center

-design landskap kawasan urban termasuklah hardscape dan softscape, perkara utama yang menjadi kepentingan adalan connection dan space. (dah lupe lah)… Site sebenar adalah seperti gambar dibawah tajuk, merangkumi kawasan dari Plaza Alam Sentral sampai lah, SACC Mall, sekitar situ lah.. Besar siot!


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah dia contoh presentation board, tapi belum digrafikkan dengan colour. Sebenarnya semua kerja digalakkan manual saja, tapi time ni semua tengah seronok mengexplore sketch up sampai jadi terlebih-lebih addicted…. sehinggakan menjadi semester final yang bukan terakhir … (tak semua) disebabkan board hitam putih macam tu je!


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sketches – yang ni manual sketch tapi copy dari yang dah siap dalam Sketch up! ops..

shah alam walk

Selamat datang! ahaha! korang nak kedai ape? cakap je..

shah alam wavclk

Terlebih sudah!

affin ban2k

Semestinya kena ada wifi kan cafe ini! ahaha, macam ramai je kat sane!

affin bank

Sambil duduk-duduk tu boleh menambah ilmu kan…

affin bank3Terlebih rajin sampai jadi detail macam ni! adoi!


p/s : nantikan design untuk sem yang seterusnya daripada sem final ini-means-semester final kedua! hehe





3 comments:

hairie said...

hahaha..over2..hakhak

shahsyaz said...

wau?????

hebat giler kowt!!
kiteorg just pki autocad je...

HAZWANmohd said...

@shahsyaz autocad lagi detail lor,. ini xdetail, men wat je,, huhu
kos pe tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys