2011/04/14

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan

5606539145_be7bed1e92_b

Pertama sekali nak cakap tak suka minggu-minggu orientasi ni! haha! Bosanlah asek nak kenalkan nama je, kalau sekali dua je takpe, ni setiap kali modul ke program ke, seberapa banyak kali tu la perlu kenalkan diri dari a-z! Tapi yang ni lain sikit sebab tak payah nak bercakap, taip je. So suke lettew!

UBM

Nama anda dan nama blog anda.

Nama diberi Hazwan Najib’mullah Bin Mohd, menggunakan nama mesmerising_wan / mesmerising1 dan sekarang ingin dikenali dengan nama baru iaitu : hazwan mohd, simple dan tiada kontroversi lagi!… boleh tak? Korang boleh panggil saya wan!

Blog saya masih mencari-cari tajuk yang boleh diingati semua makhluk dalam dunia ni, jadi sekarang hanya menggunakan wan’s official blog.

Sejak bila mula berblog.

Mula berblogging pada seperti yang tertera pada blogger profile adalah since OCTOBER 2008 lagi.

Menggunakan platform blogger pada mulanya dan berhijrah ke wordpress pada 2009-2010 dengan menggunakan domain sendiri.

Kembali semula kepangkal jalan iaitu blogger kerana domain yang expired setahun tak renew, ada masalah sikit masa tu, sebab tu kalau korang perasan kat archive tu 2010 posting ada 6 entry sahaja, kerana selebihnya ada didalam blog wordpress itu yang hanyut bersama domain ku itu…… sob sob,… seterusnya mulai aktif semula pada awal 2011 setelah mempunyai broadband sendiri! hoho,.

Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.

Setelah aku kembali aktif dalam blogging ni aku telah join Sahabat blogger dan group-group lain dalam facebook dan dari situ aku tahu berapa ramainya blogger di malaysia ini yang tak terkira dan hebat-hebat mengeluarkan idea dan pendapat untuk dikongsi bersama.

Mulai blog walking dan perbincangan dalam group kita juga dapat updatekan diri sendiri dengan info semasa dan ilmu yang tidak mungkin dipelajari dengan sendirinya.

Juga melalui gathering, forum-forum, kupasan dalam majalah, interview didalam tv dan juga terbaru vlog yang diadakan blogger-blogger semakin matang dalam mengeluarkan idea, dan berkongsi pendapat, juga mengeratkan lagi dan membesarkan rangkaian dunia blog di malaysia ini, pinjam kata-kata SAHABAT BLOGGER – WE ARE NOW UNITED!

Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

IPTM ini buat aku terkejut je! (heart attack!) haha, ley? bagi aku IPTM ini mendatangkan kebaikan buat kita semua dan meluaskan lagi rangkaian dunia blog dan blogger.

Kita juga dapat berkongsi idea dari pelbagai aspek, tak kira apa pun kita nak kongsi boleh dikongsi bersama, tiada paksaan dan tiada batasan, dimana-mana saja anda berada. (tak macam pergi kuliah kena pakai skema~ erk)…

Dan sekarang blog yang wajib dikunjungi bertambah lagi seperti sebelum ini, semakin hari semakin bertambah, tak kira lah kita ni blogger newbie atau lama, atau suam-suam kuku je, teruskanlah dengan blog anda, jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalan bila stop berblogging!… Once Broken Consider Sold, Once Blogging, Consider Till Old!! (pantun kerr??)

konv4tetap nak letak gambar konvo dengan Farid Kamil! haha, jeles lettew!

Sekian dari wan, salam kenalan semua!




7 comments:

waN Mohd Salim said...

nak daftar tapi dah tutup .. huhuhu .. saye follow awak ... follow la balik yep

aslann said...

cehh farid kamil...xsuka dia...hahahahaha..

HazHand said...

oh..good! prof akn pertimbangkan.. :')

Bakri Hussin said...

Follow dari UBM
dah follow blog ini jom follow balik ok
jom join Bloglist 1 bulan bersama dunialelakimaskulin.com ok

http://www.dunialelakimaskulin.com/2011/04/bloglist-1-bulan-bersama.html

Silent Thinker said...

dtg melawat sahabat seuniversiti..
feel free dtg lawat ea~

http://safiyahezora.blogspot.com/

Miss Anisah said...

datang melawat teman UBM..
selamat berkenalan...

HAZWANmohd said...

thanx guys!! xdpt nk on9 pas wat entry ni... bz.. ni pun gune hp je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys