2011/06/01

Jun Kembali Lagi

e_1094

 

(Errrr… pic atas ni perlu ke? aha.. )

 

Pejam celik sudah setahun lagi selepas Jun yang lepas. Hidup pun tidak seperti dulu. Ada apa dengan bulan Jun? adelah, eh, bulan Jun agak special sebab hari lahir aku bulan ni, juga cuti sekolah, even aku da betahun habis sekolah, still teringat lagi, kalau birthday aku je mesti cuti sekolah, cuti sem, apa lagi nak cuti, so sambutlah sorang-sorang! –padan muka-

 

Tapi ada bagusnya, aku tak pernah kena prank! ahaha, tengok kawan-kawan punya bday selalu kena prank-tepungla, telor la, apa-apa lagi entah, mujur tak pernah kena… ahahhaa (kena masa bday orang lain pernahlah, sekali je kot..)

 

Dah lama tak post entry, kenapalah agaknya, mood dah hilang untuk buat entry, kenapa kenapa… Mungkin kesibukan bekerja, sampai cuti pun tak terasa macam cuti. Weekend pun bekerja, sampai tak dapat rasa masakan mak di rumah. Kekadang masuk awal pagi, balik lewat malam. Tak terasa macam ada rumah. errm.. Jadi bulan ini, harap-harap dapat buat entry yang terbaik untuk blog ni lebih kerap. Kerja tetap kerja, tak boleh nak diubah selagi tak tukar kerja baru, tapi rasa berat nak tinggalkan kerja sekarang, masih awal lagi untuk pergi…

 

 

eDSC_0185

 

Setelah setahun meninggalkan Jun yang lepas, macam-macam dah ditempuh, dan juga sudah berubah hidup aku, sudah berkereta dan mempunyai family baru! –anak buah- he… Sedangkan kawan-kawan lain majoritinya sedang meneruskan Degree, mungkin ada yang bakal grad tak lama lagi, ade juga tahun depan. Yang bekerja lepas Diploma macam aku ni pun ada juga, so guys, bila nak sambung degree ni? err.. ahaha.. aku pun tak tahu bila nak sambung degree, tapi seboleh-bolehnya nak sambung kat melaka je boleh tak, dah serik nak duduk negeri orang. Macam-macam hal berlaku dulu di Perak, kalau cerita boleh buat 5 entry kot.. haha..

 

Oklah, sekadar mengenang memori dari bulan Jun 2010 hingga Jun 2011 secara ringkas je, terima kasih pada pembaca setia hingga akhir post ini.

 

 

june

2 comments:

el-janna said...

befday saye pon jun juge:) its tomorrow

HAZWANmohd said...

hehe..
waaaaaa..
hepy bday to u !
sy luse.. sehari pas awk.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys