2011/06/13

Kuih 40 sen satu, lima RM2! Fakta…

Cuba baca lagi dua tiga kali lagi kalau tak paham tajuk entry kali ini! Dipetik dari kisah benar yang baru berlaku petang tadi antara aku, kuih dan pakcik penjual kuih di pasar malam.

kuih1

Kau rasa terliur tak tengok kuih diatas apabila petang-petang selepas balik kerja atau balik kelas. Sungguh sedapnya jika dapat satu pun jadi lah! kan! Nama kuih ni adalah kuih keria, (dah lama mak aku tak buat..) Ceritanya adalah seperti berikut :

Ketika aku driving untuk balik kerja pada jam 5 lebih macam tu, maka teringatlah kawasan depan tu nanti ada pasar malam, boleh beli something nak bawa balik rumah. Jadi lalulah dikawasan tersebut dengan mata terjenguk diluar sambil memandu, terus parking tapi terlajak jauh pulak, terpaksalah jalan kaki..

pening-1

Mood masa itu tengah pening-pening lalat~ dikala baru balik kerja, dan cuaca yang agak panas. Maklumlah dah biasa kerja dalam ekon je! (eww)

Kedai-kedai disitu tak banyak jadi terpaksa lah beli apa yang ada je, tetiba ternampak kuih KERIA, sangat lama dah tak jumpa kuih ni, jadinye dengan pening2 lalat tu pun terbaca satu kuih 40 sen, lima kuih 2 ringgit! aku pun amazed tak pasal-pasal!

kuih3 wahhhhh!!

Korang rasa? haha. sebenarnya nak beli dua tiga je ke, tapi nampak tulisan tu macam nak beli 5! jadi complete lah 5 kuih-keria, karipap dan cucur. Lantas membayar dan seterusnya membeli fishball untuk makan malam nanti. Terus balik berjalan ke keretaku nun jauh di sana.

Dah nak sampai kereta baru menyedari! apekah? 40 sen darab dengan lima dalah 2 ringgit kan?!!

dem! aku tertipu dikala pening-pening lalat ini !! ahahah.. bijak juga pakcik ni!

kuih4 Tipah tertipu bang! kuang ajaq taw!

Sampai malam ni baru habis 5 keping kuih tu, aku makan 4 daripadanya!! ops. tapi waktu yang berbeza-beza ye..

Pengajaran dari cerita ni : jangan beli kuih di pasar malam! ahaha, jangan beshopping dikala pening lalat! , jangan tertipu dengan paparan teks! , jangan salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri! err, okbai..

p/s : makan kuih keria sambil driving balik rumah! besepah gula-gula die! ahaha

Sumber gambar : Google


9 comments:

Rozuan Ismail said...

tak lama lagi naiklah 1 seringgit,haha.terus fikir 2 kali nak beli kuih ke x

HazHand said...

hahah! yups! KUIH NI SEDAP KLAU MKN PTG2!!! grr

Putri Malu @ ima salsuzaima said...

haha..tu la cara bisness. tak menipu. tapi pelanggan yang tertipu sendiri..hehe

fyqa said...

wuuu. kn dh t'kena ;)

HAZWANmohd said...

@Rozuan ismail baik beli kfc je camtu! haha

@hazhand ni yang nak ping selalu petang2 ni! hahaha!
biar terliur.

@Putri Malu @ima salsuzaima yelah, sob2..

@fyqa haha.. tulah..

SyedGraphiX said...

tayah beli. buat sndiri je. hahaha

HAZWANmohd said...

lau reti da lame wat.. siap jual lg!! kueh kueh! haha

EmanTheHalia said...

kueh batang buruk suke tak? lalalla

HAZWANmohd said...

kueh raye ckp time raye la!
lom pose lagi lah!
ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys